Rasa Nostalgia: Parkview Cafe Memperkenalkan Tiffin Tales Dengan Cita Rasa Warisan Malaysia
KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2025 – Di dalam kenangan dan kekayaan warisan kulinari Malaysia, terselit satu ikon yang tidak lapuk dek zaman – mangkuk bertingkat (tiffin) yang menjadi teman setia di meja makan bersama keluarga. Dahulu ianya sesuatu yang biasa dilihat di rumah dan majlis perayaan, bekas istimewa ini melambangkan kasih mendalam rakyat Malaysia terhadap makanan, keluarga, dan tradisi. Menghidupkan lagi kenangan manis ini, bermula hari ini sehingga 30 Jun 2025, Parkview Cafe di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Pusat) dengan bangganya memperkenalkan Tiffin Tales — satu pengalaman kulinari masa terhad yang menampilkan menu khas hidangan klasik Melayu dan Nyonya yang pasti menggamit selera para pengunjung.
Dihidangkan di dalam mangkuk bertingkat autentik, set menu mingguan untuk dua orang ini direka khas untuk dikongsi dan akan diperbaharui dengan cita rasa baharu setiap minggu. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan kegemaran Melayu dan Nyonya seperti Nyonya Pai Tee, Kari Ayam Kapitan, Nyonya Asam Udang, Nasi Bunga Telang, Rendang Daging Nyonya, Sambal Udang Petai, Nasi Bawang Putih, serta Sagu Gula Melaka.
Mengulas lanjut berkaitan inspirasi di sebalik konsep santapan unik ini, Chef Hisham Jaafar, Ketua Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berkata, “Ramai antara kita pasti mempunyai kenangan indah zaman kanak-kanak, melihat nenek membuka mangkuk bertingkat berisi lauk-pauk hasil air tangan sendiri. Detik penuh teruja apabila setiap lapisan dibuka dan mendedahkan hidangan yang berbeza — itulah pengalaman yang ingin kami hidupkan semula dengan Tiffin Tales ini. Ianya mewakili kisah-kisah keluarga Malaysia, sambutan penuh makna, dan tradisi yang harus terus dikongsi dan dikenang.”
Parkview Cafe menjemput para tetamu melayari perjalanan kulinari merentas zaman dengan menikmati hidangan yang disajikan dengan penuh kasih sayang sambil membangkitkan memori manis yang terpendam. Set harian yang terhad ini ditawarkan pada harga bersih RM90 setiap satu.
Selain menu yang diinspirasikan daripada warisan tempatan, Parkview Café menawarkan pemandangan panorama Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan — menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi penggemar kulinari. Terletak di tingkat pertama Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, permata tersembunyi ini menggabungkan cita rasa tradisional dengan pemandangan landskap bandar yang mengagumkan.
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati #TiffinTales ini sebelum ia berakhir pada 30 Jun 2025! Abadikan detik kegemaran anda dan tag @pvc.klcc di Instagram atau @parkview café di Facebook.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan untuk acara anda di Parkview Café, sila layari https://www.klccconventioncentre.com/visitors/dining-in-klcc atau ikuti halaman rasmi Facebook dan Instagram Pusat Konvenyen Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/klccconventioncentre/ dan https://www.instagram.com/klccconventioncentre/.