Siakap Keli
Blood Brothers kutip rm50 juta
Gambar: GSC

Blood Brothers: Bara Naga Kutip RM50 Juta Dalam 14 Hari

Blood Brothers: Bara Naga Kutip RM50 Juta Dalam 14 Hari

KUALA LUMPUR — Selepas 14 hari ditayangkan di pawagam, filem aksi Blood Brothers: Bara Naga mencatat kutipan RM50 juta.

Perkara itu dimaklumkan Golden Screen Cinema (GSC) dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Filem Blood Brothers: Bara Naga masih terus mengutip kutipan pembukaan tertinggi tahun ini, RM50 Juta dalam 14 hari tayangan & tayangan awal,” maklum kenyataan itu.

Dalam hantaran sama, GSC turut mengucapkan terima kasih atas sambutan luar biasa terhadap filem aksi arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

“Terima kasih atas sambutan luar biasa dan rasai sendiri pengalaman epik menonton filem Blood Brothers di pawagam GSC berdekatan anda sekarang!” katanya lagi.

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/pfbid0eTCCUzjnrA2PLJyf4DEDHjyiZuQ22qjXW7GhRkiT3G4qSP3Pf6pYQaXn4CNa6AtTl

Cipta Fenomena

Sebelum ini, filem aksi epik itu memcipta fenomena selepas berjaya meraih kutipan pecah panggung RM9.2 juta dalam tempoh dua hari tayangan termasuk pratonton di pawagam seluruh Malaysia.

Rekod ini menjadikan Blood Brothers: Bara Naga antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan yang luar biasa.

Difahamkan, antara negeri yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Bukan sahaja menjadi perbualan hangat, ramai  yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi tempatan.

Untuk makluman, filem ini telah ditayangkan bermula pada 8 April dalam dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal di  170 pawagam. 

Buat mereka yang belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk Blood Brothers: Bara Naga, yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Sumber: GSC

BACA: Rasmi, “Trailer” Filem Keluang Man Dilancarkan Buat Ramai Kagum

BACA: Blood Brothers: Bara Naga Karya Terbaik Skop Productions

BACA: Treler Rasmi Blood Brothers Meletup -Filem Aksi Padu Menggegarkan Pawagam Bermula 10 April 2025!

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.