Siakap Keli
Gambar: Bernama

Cara Tebus Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM)

Cara Tebus Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM)

Pada Selasa lalu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengumumkan  program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM).

Program dengan kerjasama antara Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya dalam aspek pendidikan dan akses kepada sumber ilmu.

Menurut Datuk Aaron, tahun ini sebanyak RM1,000,000.00 peruntukan diluluskan dan baucar boleh ditebus di Pesta Buku Negeri yang terlibat. Langkah ini dalam usaha memupuk dan memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, orang ramai boleh menebus baucar ini bermula 22 April sehingga 31 Disember 2025.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsi cara menebus baucar buku ini di bawah.

Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM)

Sebelum itu, anda perlu tahu, apa itu Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM)?

Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) merupakan inisiatif Program Semarak Seni Budaya, Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia.

Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Cara Memohon/ Tebus Baucar Buku Semarak Membaca 

Pertama, orang ramai boleh menebus baucar ini di Pesta Buku Negeri yang terlibat dengan melayari laman web rasmi BBSM di  https://semarakmembaca.com/

Kedua, setiap pemohon hanya boleh menebus satu baucar sahaja.

Ketiga, setiap baucar bernilai RM10 layak ditebus dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi buku tempatan atau terbitan dalam negara sahaja.

Keempat, penebusan baucar ini sah bermula daripada 22 April sehingga 31 Disember 2025.

Gambar: Kementerian Perpaduan Negara

Untuk makluman, Baucar Buku Semarak Membaca boleh digunakan di Shopee yang merupakan rakan e-dagang rasmi Perpustakaan Negara Malaysia.

Gambar: Kementerian Perpaduan Negara

Manfaat Tebus Baucar Buku Semarak Membaca

Pemohon baucar Buku Semarak Membaca akan mendapat manfaat dengan membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia selain membantu meringankan beban rakyat untuk membeli bahan bacaan ilmiah.

Disamping itu, inisiatif ini juga dapat merancakkan industri buku tempatan dengan meningkatkan jualan buku dan menggalakkan pembukaan kedai buku baharu termasuk meluaskan capaian baucar kepada pelbagai saluran, termasuk platform e-dagang dan Pesta Buku Negeri.

Gambar: Kementerian Perpaduan Negara

Sumber: X @Aaron Ago Dagang, semarakmembaca.com

BACA: Venus, Zuhal, Bulan Bentuk ‘Wajah Senyum’

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.