Venus, Zuhal, Bulan Bentuk ‘Wajah Senyum’
Peminat astronomi berpeluang menyaksikan satu fenomena langit yang jarang berlaku pada pagi Jumaat, 25 April ini, apabila planet Venus, Zuhal (Saturn) dan Bulan sabit akan muncul berdekatan di langit timur.
Fenomena yang digelar sebagai “smiley face” itu berlaku hasil daripada penjajaran tiga planet dengan bulan sabit membentuk lengkungan senyuman.
Penjajaran ini dikenali sebagai konjungsi tiga segi atau triple conjunction dalam istilah astronomi.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), fenomena ini dijangka berlaku sekitar jam 5:30 pagi tempatan (Amerika).
Namun, penjajaran ini hanya dapat dilihat dengan mata kasar selama kira-kira sejam sebelum matahari terbit.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena ini perlu bangun awal sebelum terbit fajar pada hari Jumaat
Kedudukan Venus, Zuhal dan Bulan
Dalam formasi tersebut, Venus akan berada paling tinggi di langit, diikuti oleh Zuhal yang sedikit lebih rendah, manakala Bulan sabit akan berada di bahagian paling bawah ke arah utara.
Walaupun bagaimanapun, planet Zuhal mungkin sukar untuk diperhatikan oleh kebanyakan pemerhati berbanding Venus dan Bulan sabit kerana faktor cahayanya yang malap dan kedudukan pada ufuk rendah di langit.
https://x.com/___frye/status/1914709426961047896?t=xe-15VReLkNUHgwcXRv3-w&s=19&fbclid=IwY2xjawJ1o5FleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFTREpIS0Q2N2ZJTjJNZ1JnAR7dXWMntsVU6CPlOSkQVMvrJysCTZ6HVSrt5Unw5PIOpZFWFdYX1Qdi5_1_4Q_aem_KKIu75TC_M_zjGt-sRZoPw
Tip Mencerap
Orang ramai dinasihatkan mencari kawasan dengan pandangan terbuka ke arah ufuk timur untuk memaksimumkan peluang melihat fenomena ini.
Penggunaan teropong atau teleskop juga disarankan bagi membantu pandangan.
Apa itu Konjungsi tiga segi?
Dalam astronomi, konjungsi merujuk kepada keadaan apabila dua atau lebih objek cakerawala kelihatan berada hampir antara satu sama lain dari pandangan Bumi. Konjungsi tiga segi melibatkan tiga objek yang berkumpul secara visual di satu kawasan langit.
Fenomena ini bukan sahaja menarik dari sudut saintifik, tetapi juga menawarkan pemandangan indah yang jarang disaksikan, satu peluang sempurna untuk penggemar langit malam dan jurugambar.
Sumber: BBC Sky Night At Magazine, The Economic Times