Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Ada Wajah-Wajah Yang Sudah Cukup Akrab" - Fadhlina Prihatin, Hulur Sumbangan Kepada Dua Pengamal Media Terlibat Kemalangan

Fadhlina
Kredit: Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menzahirkan keprihatinan terhadap dua pengamal media yang cedera dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk, Perak pada awal pagi Ahad.

Perkara itu dizahirkan beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya.

“Ada wajah-wajah yang sudah cukup akrab setiap kali saya turun ke kampung angkat saya di Kuak Hulu, Perak. Antaranya dua sahabat media, Afiradina Arshad daripada BERNAMA dan Zahratulhayat Md Arif daripada NST.

“Pagi tadi saya menerima perkhabaran yang mendukacitakan apabila kedua-duanya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk,” katanya.

Tambah Fadhlina, beliau telah meminta pegawainya menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu urusan kedua-duanya.

“Saya mendoakan agar segala urusan rawatan Afiradina dan Zahratulhayat dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan yang baik. Semoga kedua-duanya segera pulih,” titip beliau lagi.

Terdahulu, media melaporkan dua wartawan wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah belakang di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Kledang Permai awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Bagan Datuk bagi membuat liputan program Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta dinaiki kedua-dua mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat susulan lampu merah sebelum dirempuh sebuah lori dari arah belakang sehingga menyebabkan kenderaan itu berpusing

Intipati
  • Fadhlina Sidek menzahirkan keprihatinan terhadap dua pengamal media yang cedera dalam kemalangan.
  • Beliau meminta pegawainya menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu urusan kedua-dua wartawan terbabit.
  • Kereta dinaiki mangsa dipercayai dirempuh lori dari belakang berhampiran Taman Kledang Permai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan