Fakta Disebalik “Guard Of Honour” Bola Sepak Eropah
Apa itu Guard Of Honour dalam bola sepak?
Dalam bola sepak khususnya Liga Inggeris (PL) adalah satu penghormatan kepada juara liga yang telah mengesahkan kejuaraan lebih awal.
Maka pasukan yang menentang pasukan juara akan memberi penghormatan ketika pasukan juara masuk ke padang sebelum perlawanan bermula.
Macam Mana Cara Guard Of Honour?
Pemain lawan akan berbaris kiri dan kanan ketika pasukan juara melangkah masuk ke padang sambil memberikan tepukan.
Sejak Bila Adat Ini Bermula?
Ia dipercayai bermula sekitar tahun 1950-an di Eropah terutamanya di England.
Terinspirasi daripada tradisi tentera dan royal court etiquette bentuk barisan untuk hormatkan orang berpangkat tinggi atau pencapaian besar.
Wajib Ke?
Sehingga artikel ini ditulis, tiada mana peraturan FIFA mahupun UEFA mewajibkan tradisi Guard Of Honour ini.
Ia bergantung kepada budi bicara pasukan lawan mahu memberi penghormatan kepada juara liga musim itu ataupun tidak.
Pernah terjadi ketika Man City memenangi liga pada musim 2017/18, Man Utd tidak mahu memberikan penghormatan kepada City.
Ia kerana perseteruan yang berkait dengan sensitiviti penyokong kedua-dua pihak.
Banyak lagi kes sebenanrnya pasukan lawan tidak mahu memberikan Guard Of Honour dan ia bukanlah satu kesalahan.
Liverpool Juara Liga Perdana Inggeris 2024/25
Awal pagi tadi, Liverpool akhirnya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tempoh 5 tahun.
Ia adalah kejuaraan liga ke-20 Liverpool dalam sejarah kelab Merseyside itu.
Ini menjadikan Lverpool kelab bola sepak Inggeris paling berjaya dengan 52 trofi kejuaraan utama.
Chelsea Bakal Jadi Pasukan Pertama
Berbaki empat perlawanan liga, Chelsea dijadual bertemu Liverpool dalam perlawanan liga hujung minggu ini.
Jika pihak Chelsea setuju, pasukan dari London itu bakal menghadiahkan Liverpool Guard Of Honour pertama musim ini.
Kemudian, Liverpool dijadual bertemu pasukan di tempat kedua iaitu Arsenal yang sekali lagi terpaksa akur berada di kedudukan kedua.
Sama ada dua kelab dari London ini mahu memberikan Liverpool Guard Of Honour atau tidak, sama sama kita nantikan.