Siakap Keli
program permata kasih
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (tengah) dan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (dua dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan PEKA Simpan SSPN Bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis.

Program Permata Kasih (PEKA) Simpan SSPN: Langkah Pertama Masa Depan Si Kecil

Program Permata Kasih (PEKA) Simpan SSPN: Langkah Pertama Masa Depan Si Kecil

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama melaksanakan Program Permata Kasih (PEKA) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis yang memberi. manfaat kepada anak-anak asnaf yang baharu dilahirkan di negeri ini.

Majlis peluncuran Program Permata Kasih (PEKA) Simpan SSPN Bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 28 April 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis. Turut berangkat ke majlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Hadir sama, Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Ahli Pengurusan PTPTN dan MAIPs serta agensi dan jabatan berkaitan negeri Perlis.

Program ini merupakan inisiatif MAIPs dan PTPTN dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak asnaf sejak awal kelahiran mereka sekali gus melahirkan generasi celik kewangan. Menerusi program ini, sumbangan berjumlah RM400,000 disampaikan oleh MAIPs melalui PTPTN dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat 2,000 orang anak asnaf kelahiran baharu di negeri Perlis mulai 1 April 2025. Penerima sumbangan merupakan anak asnaf kelahiran baharu di Perlis, warganegara Malaysia dan beragama Islam. Senarai penerima insentif ini akan diuruskan oleh pihak MAIPs dengan kerjasama
agensi dan pihak-pihak yang terlibat di negeri Perlis. Setiap anak asnaf yang layak akan menerima RM200 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang merupakan antara permulaan simpanan pendidikan bagi masa depan mereka.

DYMM Tuanku Raja Perlis bertitah, “Sesungguhnya, pendidikan merupakan kunci kepada perubahan untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Dengan pendidikan, anak-anak berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik dan menikmati
kehidupan yang lebih selesa.

Pendidikan membolehkan seseorang mencari rezeki, mengatur kewangan dan mendidik generasi akan datang. Paling bermakna, pendidikan mampu menjadikan penerima zakat hari ini sebagai pemberi zakat pada masa hadapan.”

“Tahniah dan syabas diucapkan atas usaha murni ini. Pelaksanaan insentif kelahiran ini melambangkan keprihatinan MAIPS dan PTPTN untuk memastikan masyarakat Perlis khususnya anak-anak asnaf mempunyai penabungan untuk pendidikan tinggi sekali gus melahirkan generasi celik kewangan. Usaha ini sekali gus membuktikan kebajikan golongan asnaf sentiasa menjadi keutamaan pelbagai pihak,” titah Baginda lagi.

YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs menyerahkan cek cura sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM400,000.00 kepada YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN berkata, “PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sentiasa berusaha memperkasa penabungan yang merupakan agenda utama PTPTN bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

Agenda penabungan merupakan misi PTPTN bagi mentransformasi minda masyarakat daripada “meminjam” kepada “menabung” agar anakanak tidak dibelenggu hutang setelah tamat pengajian.”

“PTPTN sentiasa mengalu-alu kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, syarikat korporat dan pelbagai pihak untuk membantu golongan asnaf, terutama dalam aspek pendidikan. Semoga Program Permata Kasih (PEKA) Simpan SSPN bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis akan memberi sinar baharu kepada keluarga asnaf agar mengutamakan pendidikan tinggi untuk mengubah nasib keluarga,” tambah beliau.

PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.