Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ILI
Kredit: Bernama

ILI Muncul Lagi, Ketahui Siapa Berisiko Tinggi Dijangkiti

Azizah Najib

ILI Muncul Lagi, Ketahui Siapa Berisiko Tinggi Dijangkiti

Baru-baru ini, media melaporkan kemunculan penyakit misteri yang melanda sebahagian kawasan di utara tanah air. Berdasarkan pemeriksaan lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit tersebut dikenal pasti sebagai penyakit ILI.

Kemunculan penyakit ILI ini bukan merupakan kes yang pertama, penyakit ini pernah dikesan sekitar awal tahun ini. Malah pada tahun 2023 dan 2022, penyakit ini juga pernah dikesan dan berjaya dibendung.

Mari kita kenali apa itu penyakit ILI.

Penyakit Seperti Influenza atau (Influenza-Like-Illness, ILI) merupakan sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus Influenza atau respiratori lain seperti rhinovirus, virus sinsitium pernafasan (RSV), virus parainfluenza dan adenovirus.

Ciri-ciri penyakit ILI

Penyakit ini juga mempunyai beberapa ciri-ciri yang dapat dikenal pasti antaranya lebih mudah menjangkiti kanak-kanak.

Malah, kebanyakan pesakit akan sembuh dalam masa beberapa hari iaitu kurang daripada dua minggu. Selain daripada itu, segelintir pesakit mungkin mengalami komplikasi seperti Pneumonia dan kemerosotan penyakit kronik seperti asma dan kegagalan jantung.

Melihat kepada ciri-ciri ini, anda mungkin masih tidak dapat mengenal pasti secara khusus sama ada anda dijangkiti penyakit ILI atau tidak. Berikut beberapa simptom yang dapat anda kenal pasti sendiri.

Simptom

Bagi mengetahui sama ada anda dijangkiti penyakit ILI atau tidak, periksa sama ada anda mengalami selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot atau kelesuan.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan pihak KKM, penyakit ini dapat dikenal pasti apabila berlaku jangkitan saluran pernafasan dengan demam sehingga mencecah suhu melebihi 38°C berserta batuk dan bermula dalam tempoh 10 hari yang lalu.

Jika dilihat secara menyeluruh, simptom ini mungkin mengelirukan anda dengan simptom Covid-19. Berikut SK kongsikan beberapa perbezaan kedua penyakit ini.

Perbezaan penyakit ILI dan Covid-19

Antara perbezaan paling ketara antara kedua penyakit ini ialah demam bagi penghidap penyakit ILI bermula secara tiba-tiba. Manakala Covid-19 pula jarang menyebabkan anda bersin, namun boleh menyebabkan anda kehilangan deria rasa dan bau. Bagi selesema pula, anda jarang mendapat demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Malah, jika anda demam, suhu tidak akan setinggi penghidap penyakit ILI.

Cara penularan

Hati-hati. Untuk pengetahuan anda, penyakit ILI mudah berjangkit menerusi titisan pernafasan semasa batuk atau bersin. Selain itu, sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yang dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak juga boleh menyebabkan berlaku jangkitan penyakit ILI.

Individu yang berisiko tinggi dijangkiti

Bagi anda yang tinggal serumah dengan ahli keluarga dan mendapati anda mempunyai simptom-simptom penyakit ILI, pastikan anda menjauhkan diri daripada kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung dan individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis. Hal ini berikutan golongan ini merupakan golongan yang mudah dijangkiti penyakit ini.

Rawatan jika dijangkiti penyakit ILI

Jika anda didapati telah dijangkiti penyakit ini, terdapat beberapa rawatan yang boleh anda lakukan bagi membantu proses penyembuhan. Pertama sekali, bagi anda yang mempunyai gejala ringan, anda cuma perlu berehat di rumah.

Pastikan juga anda minum air secukupnya.

Jika gejala bertambah teruk atau berterusan, segara berjumpa doktor dan ambil ubat mengikut nasihat doktor. Anda mungkin menerima ubat untuk melegakan simptom seperti demam dan sakit tekak. Malah, ubat antiviral juga mungkin diberikan jika perlu.

Apa pula cara yang perlu anda lakukan untuk mencegah daripada penyakit ini berjangkit atau menular? Berikut SK kongsikan garis panduan cara pencegahan penyakit ILI yang dikeluarkan KKM.

Cara pencegahan penularan

Perkara paling utama yang perlu anda lakukan ialah jaga penjarakan fizikal, buka tingkap untuk pengudaraan yang baik dan kekalkan tahap kebersihan diri. Anda digalakkan untuk kerap membasuh tangan dengan air dan sabun serta mengamalkan cara hidup sihat.

Jika anda bergejala, anda perlu berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Namun, jika tidak dapat dielakkan, pastikan anda sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung.

Pastikan anda menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Elakkan juga dari berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain biarpun anda tinggal serumah.

Sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk atau sakit tekak yang berterusan, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagi golongan berisiko tinggi yang dijangkiti pula, anda perlu mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran. Anda juga digalakkan mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (1) (2) (3) (4) (5) (6), (7) Bernama

BACA: Kluster ILI Dikesan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan Daerah Kuala Muda – KKM

BACA: Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar