Siakap Keli
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan.

“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu pula seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu di Selangor, kawasan yang terlibat seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. Sementara di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jempol dan Tampin.

“Bagi negeri Johor, daerah yang diramal hujan seperti hanya Mersing dan Kota Tinggi.

“Beralih Sarawak, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0Fc3TKQpaFLT15hzZPmkP8jEK3hdLxtWvvoqLzUZaS631n9xoYn9PWiarYJFcjW29l

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia 

BACA: Anwar Terima Anugerah Order Of Independence Daripada Presiden Kosovo 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.