Siakap Keli
Menangi Penerbangan Tanpa Had Selama Setahun Percuma Melalui Peraduan 'Sip & Win' di Seluruh Negara
Gambar Hiasan

Menangi Penerbangan Tanpa Had Selama Setahun Percuma Melalui Peraduan ‘Sip & Win’ di Seluruh Negara

Menangi Penerbangan Tanpa Had Selama Setahun Percuma Melalui Peraduan ‘Sip & Win’ di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – AirAsia bekerjasama dengan jenama minuman berkarbonat tempatan iaitu Hausboom buat pertama kalinya di mana sebuah syarikat penerbangan tempatan mencipta siri minuman yang diinspirasikan daripada rangkaian destinasi penerbangannya. Kerjasama ini menggabungkan dua jenama tempatan untuk menghubungkan rakyat Malaysia.

Kempen yang berlangsung sehingga bulan Disember 2025 ini memperkenalkan sembilan botol edisi terhad Hausboom yang menampilkan perisa yang diinspirasikan daripada destinasi AirAsia yang berbeza. Menampilkan perisa Strawberi bagi destinasi Seoul dan Roti Bakar bagi Kuala Lumpur, siri ini merupakan ciptaan kreatif kepada kepelbagaian rangkaian destinasi AirAsia dan semangat pengembaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Destinasi lain yang turut diilhamkan termasuk Almaty, Phu Quoc, Sihanoukville, Xi’an, Nairobi, Melbourne dan Amritsar.

Botol edisi destinasi ini tersedia di lebih daripada 6,800 lokasi rangkaian runcit termasuk 7-Eleven, KK Mart di seluruh negara; CKS Retail, Bataras Hypermarket & Superstore dan Servay Supermarket di Sabah; serta SEN SEN Department Store dan Everwin di Kuching. Setiap botol menampilkan kod QR berbeza untuk penyertaan dalam peraduan ‘Sip & Win’, dan pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan termasuk penerbangan tanpa had percuma dan ganjaran eksklusif daripada ekosistem pelancongan dan rangkaian AirAsia lain seperti SNAP, Hotels, RIDE, Ikhlas dan banyak lagi.

Liyana Mahizzan, Ketua Komersial AirAsia Malaysia berkata: “Sebagai syarikat penerbangan Malaysia, kami komited untuk membina kerjasama yang kukuh bersama jenama tempatan yang memanfaatkan komuniti setempat. Kerjasama kami dengan Hausboom selari dengan misi kami untuk memartabatkan inovasi serta berinteraksi dengan segmen gaya hidup yang semakin berkembang, terutamanya di kalangan usia 21 hingga 35 tahun yang mencapai lebih 42 peratus daripada pelanggan kami.

“Menerusi kempen ini, kami bukan sahaja berhubung dengan golongan baharu melalui perisa unik, tetapi juga memberi penghargaan kepada para tetamu setia kami dengan menawarkan peluang untuk memenangi penerbangan tanpa had selama setahun, serta hadiah eksklusif daripada SNAP, Hotels, RIDE, Ikhlas dan banyak lagi. Ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh kami untuk memperkukuh hubungan dengan para tetamu, di samping mempromosikan nilai dalam segmen pasaran baharu dan memacu peranan AirAsia sebagai bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan, tetapi jenama gaya hidup yang memperkasa usahawan dan komuniti tempatan.

“Kami tetap komited untuk memberi inspirasi kepada para tetamu kami untuk mengembara lebih jauh dan meneroka destinasi-destinasi baharu. Sebagai syarikat penerbangan dengan mempunyai rangkaian terluas di ASEAN, matlamat kami adalah untuk meningkatkan pengalaman perjalanan mereka melalui perjalanan yang unik dan menarik, sambil memupuk semangat pengembaraan lebih luas di seluruh rantau ini.”

Azri Zahier Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom berkata: “Sebagai jenama minuman yang semakin berkembang di Asia Tenggara, Hausboom sentiasa berusaha untuk melangkah jauh dan kekal selangkah di hadapan dalam mengikuti peredaran semasa. Dengan pasaran yang semakin mencabar, kecekapan menyesuaikan diri amat penting dan kerjasama dengan AirAsia ini merupakan inisiatif terbaik bagi kami dalam menyesuaikan diri untuk terus maju dan lebih kreatif. Kami telah membina asas kukuh dengan mengetengahkan jenama kami melalui tiga teras gaya hidup utama: Hausboom Music, Hausboom Style dan Hausboom Extreme, yang kesemuanya melibatkan pelbagai komuniti sambil kekal setia kepada pelanggan kami. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini yang bukan sahaja mempromosikan minuman paling laris kami, malah memberi inspirasi kepada pelanggan kami untuk memasang impian yang lebih besar, mengembara lebih jauh dan meraikan nilai budaya tempatan dengan bangga.”

Bagi meraikan kempen ini, semua dijemput hadir ke acara pada 4 Mei 2025 (10 pagi – 10 malam) di Lot 10, Kuala Lumpur, di mana kedua-dua jenama ini bergabung secara eksklusif dengan menawarkan minuman mocktail istimewa yang dihasilkan daripada botol destinasi edisi terhad. Suatu pengalaman deria rasa yang tiada tandingan menanti anda dan jangan lepaskan peluang untuk merasainya. Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti, hadiah menarik, reruai interaktif, persembahan secara langsung dan banyak lagi seterusnya memberikan para pengunjung menikmati gabungan dunia penerbangan dan hiburan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan peraduan ‘Sip & Win’, ikuti @flyairasia dan @hausboom di media sosial.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.