Siakap Keli
Kereta Api Kuala Lumpur-Bangkok loke
Gambar: Bernama

Perkhidmatan Kereta Api Terus Kuala Lumpur-Bangkok Akan Dihidupkan Semula Tahun Ini – Loke 

Perkhidmatan Kereta Api Terus Kuala Lumpur-Bangkok Akan Dihidupkan Semula Tahun Ini – Loke 

BANGKOK, 2 Mei (Bernama) — Malaysia dan Thailand berhasrat untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara Kuala Lumpur dan Bangkok tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata perkhidmatan kereta api terus dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia akan menggunakan landasan kereta api sedia ada yang menghubungkan Bangkok – Padang Besar – Butterworth – Kuala Lumpur.

“Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dan State Railway of Thailand (SRT)  telah diberikan tempoh tiga bulan untuk membuat persiapan awal bagi memulakan operasi perkhidmatan Kuala Lumpur-Bangkok.

“Ini tidak memerlukan trek baharu tetapi memerlukan koordinasi, pemasaran, serta penjualan tiket secara kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama selepas mengakhiri lawatan kerja sehari ke Thailand pada Jumaat.

Terdahulu, Loke dalam lawatan kerja sehari ke Thailand, telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.

Beliau turut melawat  Stesen Bang Sue Central Terminal dan mendengar taklimat mengenai perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi.

Sementara itu, Loke turut memaklumkan bahawa pihak Thailand mencadangkan sambungan perkhidmatan kereta api dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Beliau menyifatkan cadangan ini sebagai langkah positif yang berpotensi meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.

“Kita memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi menghidupkan semula landasan antara Sungai Golok, Rantau Panjang, dan Pasir Mas ini.

Ini kerana projek pemuliharaan trek perlu dilakukan terlebih dahulu ke atas landasan kereta api di Rantau Panjang dan Sungai Golok yang sudah lama tidak digunakan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dua Set Pertama ETS3 Siap Dipasang, Dijangka Beroperasi Ogos – Loke

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.