Siakap Keli
ETS3 dipasang beroperasi ogos
Gambar: Anthony Loke Siew Fook

Dua Set Pertama ETS3 Siap Dipasang, Dijangka Beroperasi Ogos – Loke

Dua Set Pertama ETS3 Siap Dipasang, Dijangka Beroperasi Ogos – Loke

IPOH, 25 April (Bernama) — Dua set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi laluan selatan ke Johor Bahru Sentral telah tiba di negara ini dan siap dipasang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata kedua-dua set tren jenis Electric Multiple Unit (EMU) itu sedang menjalani ujian teknikal dan sekiranya semuanya berjalan lancar, ia akan mula beroperasi menjelang Ogos tahun ini.

“Selain dua set awal ini, baki lapan set tren sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan CRRC Rolling Stock Center di Batu Gajah.

“Kesemua 10 set dijadualkan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan bagi memperkukuh kapasiti perkhidmatan rel negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau melakukan lawatan ke Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batu Gajah, dekat sini.

Loke berkata kilang pemasangan CRRC di Batu Gajah kini mempunyai lebih 85 peratus tenaga kerja tempatan, sekali gus mencerminkan potensi besar dalam pemindahan pengetahuan dan kepakaran kepada bakat tempatan.

“Komposisi tenaga kerja yang tinggi ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan industri rel nasional tetapi juga meletakkan Malaysia di landasan yang kukuh untuk menjadi hab kejuruteraan rel serantau pada masa hadapan. Kerajaan akan terus komited untuk memperkukuh sistem pengangkutan awam negara demi kemudahan dan keselesaan rakyat,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Maksud Gred “CEFR” Dalam Slip Keputusan SPM

BACA: Pernah Tular, Cucu Nenek Baca Yasin Semasa SPM Raih 9A

BACA: Hanya Pamer Slip Keputusan, Lepasan SPM Boleh “Claim” Promosi Di Kedai Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.