Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hanya Pamer Slip Keputusan, Lepasan SPM Boleh “Claim” Promosi Di Kedai Ini

Iqbal Yasir
spm promosi claim kedai
Gambar: Bernama

Hanya Pamer Slip Keputusan, Lepasan SPM Boleh “Claim” Promosi Di Kedai Ini

Bersempena dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini, beberapa restoran makanan terkemuka menawarkan menu makanan dengan harga yang berpatutan.

Ia bagi meraikan kejayaan lepasan SPM yang telah berjuang dan bersengkang mata mengulangkaji pelajaran di larut malam semata-mata untuk menduduki ujian itu.

Berikut senarai kedai yang menawarkan promosi dan cara penebusan terhadap lepasan SPM;

Nandos Malaysia

spm promosi claim kedai
Gambar: Nandosmy

Tebus ¼ ayam percuma.

Cara Tebus

1.Hanya salinan fizikal asal slip keputusan SPM 2024 yang diterima

2. satu penebusan ¼ ayam percuma sahaja bagi setiap slip

3. Promosi sah untuk dine-in sahaja

4. Sah di semua cawangan Nando’s seluruh negara

5. Promosi pada 24 April sehingga stok habis

TGI Fridays

spm promosi claim kedai
Gambar: TGI Fridays

Set A+ Hearty Meal Chicken Fingers Rangup dan Coca-Cola Bottomless (free refill) serendah RM17

Cara Tebus

  1. Tunjuk slip keputusan SPM 2024

  2. Promosi sah dari 24 April hingga 30 April 2025

  3. Untuk dine-in sahaja di semua cawangan TGI Fridays seluruh Malaysia.

Coffee Bean

Gambar: Coffee Bean

Promosi Kopi (12oz) RM10

Cara Tebus

1.Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 dan kad pengenalan

2. Promosi ini sah di semua cawangan bermula 24 April hingga 30 April 2025.

Yole

Gambar: Yelo

Percuma 1 Yolé cup (saiz M) dengan topping tanpa had untuk pelajar straight A!

Cara Tebus

1. Promosi sah pada 24 April 2025 sahaja

2. Tunjukkan keputusan/cert SPM 2024 dan kad pengenalan

3. Satu penebusan hanya untuk setiap pelajar

4. Sah di semua cawangan Yolé Malaysia

5. Tidak termasuk dengan promosi lain

Nasken Coffee

Gambar: Nasken Coffee

Percuma 1 cawan kopi Naskeen kecuali Frappe kepada pelajar Straight A SPM.

Cara Tebus

1. Promosi terhad pada 24 April 2025 sahaja, cara claim adalah dengan menunjukkan Slip keputusan SPM kepada Cashier

2. Promosi sah untuk semua jenis coffee kecuali Frappe untuk yang dapat Straight A dan yang tak dapat Straight boleh claim iced Latte atau Spanis Latte dengan harga RM 5 sahaja.

3. Promosi ini sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali cawangan Nasken Coffee Airport dan Nasken Coffee Plus

4. Promosi hanya untuk Walk-in dan sah untuk Dine-in dan Take-away sahaja

5. Setiap penebusan hanya SAH untuk SEKALI tebus sahaja

6. Penebusan hanya SAH untuk satu MINUMAN sahaja

7. Hanya SAH untuk penebusan di salah satu cawangan Nasken Coffee

8. Sebarang promosi lain dan diskaun tidak layak untuk tebus promosi ini

9. Hanya satu resit dan satu nombor telefon sahaja yang layak untuk claim promosi

Pizza Hut

spm promosi claim kedai
Gambar: Pizza Hut

Percuma Mushroom Soup (takeaway) dan air (dine-in).

Cara Tebus

1. Tunjukkan slip keputusan SPM

2. Boleh pilih mushroom soup atau air percuma

3. Pelanggan yang datang jam 3 hingga 5 petang dapat full set meal (Hut’s Sliders)

4. Sah 24 dan 25 April di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara kecuali Genting Highlands & XPress.

US Pizza

Gambar: US Pizza

Personal Aloha Pizza serendah RM2

Cara Tebus

1. Bawa slip keputusan SPM 2024 (fizikal)

2. Promosi sah 24 April 2025 dari jam 3 hingga 5 petang

3. Penebusan hanya sah untuk setiap 1 resit di restoran (dine-in) di cawangan terpilih.

Boat Noodle

spm promosi claim kedai
Gambar: Boat Noodle

Percuma Iced Blue Butterfly dan semangkuk Pathumthani Chicken

Cara Tebus;

1. Tunjukkan slip keputusan SPM 2024

2. Promosi sah di restoran sahaja bermula 24 hngga 26 April 2025 (10 hingga 6 petang).

3. Sah di semua cawangan Boat Noodle seluruh negara

Tealive

Gambar: Tealive

Promosi beli 2 minuman Tealive hanya RM16.

Cara Tebus

1. Tunjukkan slip keputusan SPM dan post Tealive ini.

2. Promosi hanya untuk minuman berharga Rm11 dan ke bawah (saiz regular).

3. Sah bermula 24 hingga 26 April.

Kenny Rogers ROASTERS

Gambar: Kenny Rogers ROASTERS

Diskaun 50 peratus Kenny’s Quarter Meal

Cara Tebus

1.Hanya slip keputusan SPM 2024 yang asli (fizikal) diterima

2. Setiap slip hanya layak untuk satu (1) penebusan diskaun.

3. Sah untuk makan di restoran sahaja pada 24 April

4. Tersedia di semua cawangan KRR di Malaysia kecuali KRR Kemaman

5. Terhad kepada 50 penebusan setiap cawangan, sementara stok masih ada

Sumber: Nandos, TGI Fridays, Coffee Bean, Yole, Nasken Coffee, US Pizza, Boat Noodle, Tealive, Kenny Rogers ROASTERS