Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mimpi Nak Makan Durian Tapi Kedai Dah Tak Wujud, Ibu Ayah Gigi Cari Kedai Lain

Menangis Kedai Durian Tutup
Kredit : Threads @amirahalam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila teringin sesuatu hidangan, sudah pasti kita sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi keinginan itu, kan?

Apatah lagi jika yang mengidam itu adalah anak sendiri, kita sebagai ibu bapa pasti rasa sangat bertanggungjawab dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan tersebut.

Begitulah perkongsian @amirahalam apabila anaknya tiba-tiba teringin makan durian selepas bermimpi menikmati buah tersebut pada malam sebelumnya.

Menurut @amirahalam, anaknya, Ayra, bermimpi menikmati durian di sebuah kedai di Putrajaya sebelum meminta kedua-dua ibu bapanya membawanya ke kedai berkenaan.

Anak Menangis Kedai Durian Tutup

Bagaimanapun, kegembiraan Ayra bertukar kecewa selepas mendapati kedai yang muncul dalam mimpinya sudah ditutup sehingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis.

“Alkisah mencari durian untuk Ayra sampai ke Putrajaya, sebab dia mimpi makan durian semalam. Sekali sampai-sampai kedai tu dah takde, meraung member,” kata @amirahalam.

Namun, tidak mahu menghampakan anaknya, @amirahalam dan suami meneruskan perjalanan mencari kedai lain yang menjual durian untuk memenuhi keinginan Ayra.

“Ala sedihnya, jap kita cari kat Bangi, okay,” ujar @amirahalam kepada Ayra.

Mereka akhirnya menemui sebuah kedai di Sungai Merab, Sepang yang turut menjual durian sebelum berhenti untuk membeli dan menikmati buah itu di kedai berkenaan.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan @amirahalam, Ayra kelihatan begitu gembira selepas akhirnya dapat menikmati buah durian yang diinginkannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan kisah tersebut selain mengakui dapat memahami perasaan Ayra yang kecewa apabila kedai dalam mimpinya sudah ditutup.

Ada juga yang memuji @amirahalam dan suaminya kerana berusaha untuk memenuhi keinginan anak mereka.

Kisah ini turut membuatkan warga maya tersenyum melihat kesungguhan pasangan itu melayan kehendak anak, walaupun terpaksa mencari durian hingga ke lokasi lain.

Intipati
  • Ayra teringin makan durian selepas bermimpi menikmatinya di sebuah kedai Putrajaya.
  • Dia menangis apabila kedai yang dicari bersama ibu bapanya didapati sudah ditutup.
  • Keluarga itu akhirnya menemui kedai durian di Sungai Merab, Sepang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan