Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan dikeluarkan pada Khamis (20 Ogos).
Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan media berkata seramai 12,974 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU bagi tahun 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara.
“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula jam 10 pagi (20 Ogos) sehingga 6 petang (26 Ogos),” katanya.
Kementerian itu turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026.

