Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seramai 12,974, telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 188 pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 di seluruh negara bermula 14 hingga 16 Julai ini.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini, peperiksaan berkenaan melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik,
Susulan itu, seramai 1,530 petugas peperiksaan dilantik bagi mengendalikan Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu, manakala 1,366 petugas peperiksaan lagi dilantik bagi Ujian Bertutur Bahasa Melayu.
Langkah ini bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.
KPM turut mengingatkan semua calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, selain mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang peperiksaan berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan SPMU 2026 boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.
Selain itu, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri serta Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di sppat.moe.gov.my.
"Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan peperiksaan SPMU Tahun 2026.
"KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera," katanya dalam satu kenyataan.