PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta beberapa pertimbangan lain.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas parti mengambil maklum perkembangan terkini berkaitan PRN Sarawak.
“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Sarawak pada 12 Disember ini.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 8 Disember.
Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada PRN Sarawak kali ini.

