Siakap Keli
nenek spm cucu 9A
Gambar: TikTok Cikgu Muhammad Nazri

Pernah Tular, Cucu Nenek Baca Yasin Semasa SPM Raih 9A

Pernah Tular, Cucu Nenek Baca Yasin Semasa SPM Raih 9A SPM

Tanggal 24 April 2025 merupakan hari penting buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 apabila keputusan peperiksaan diumumkan pada hari ini.

Pelbagai cerita, riak wajah lepasan SPM dapat disaksikan hari ini sebaik sahaja menerima slip keputusan ini.

Kasih Seorang Nenek Pada Cucu

Gambar: TikTok Cikgu Muhammad Nazri

Salah seorangnya termasuklah pelajar (cucu) kepada seorang nenek yang pernah tular hadir ke sekolah untuk membacakan Yasin kepadanya semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menerusi satu perkongsian video oleh pemilik akaun TikTok Cikgu Muhammad Nazri, cucu kepada nenek itu berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam semua mata pelajaran.

Video berdurasi 26 saat itu memaparkan wajah gembira pelajar lelaki itu selepas mengambil slip keputusan peperiksaan itu hari ini di dewan sekolah.

Gambar: TikTok Cikgu Muhammad Nazri

Cucu Raih 4A+ 5A

Gambar: TikTok Cikgu Muhammad Nazri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapinya.

Sebahagian netizen turut mendoakan keputusan cemerlang yang diraih itu bakal membuka jalan kejayaan seterusnya dalam hidupnya.

Berikut antara komen netizen:

“Ya Allah.MasyaaAllah. Syukur Alhamdulillah. Tahniah nenek!! yang sentiasa ada setia di luar dewan peperiksaan. Tahniah adik!! hadiah terindah untuk nenek. Aamin,” komen seorang pengguna.

“Pengajaranya yang kita dapat dari kisah ni. 1 meminta hanya pada Allah. 2 berdoa selepas berusaha juga pada Allah. 3 sandarkan harapan dan keyakinan juga pada Allah. 4 dalam keadaan apa pun kembalilah pada Allah,” komen seorang lagi.

“Alhamdulillah tahniah dik. Kakak berjurai air mata sebab kau dik. Pengorbanan orang tuamu,” komen seorang lagi.

@crmuhamadnazri

Viral nenek baca yaasin masa cucu ambil SPM. Korang nak tgk hasilnya? #spm2024

♬ Applause – Clapping Sound Effect 4 – Hollywood Sound Effects

Terdahulu, tular satu rakaman yang memaparkan seorang warga emas khusyuk membacakan Yasin untuk cucunya di kerusi meja batu di depan dewan peperiksaan.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai yang terharu melihat pengorbanan seorang nenek pada cucunya.

Difahamkan, pelajar atau cucu kepada nenek tersebut telah kematian ibunya pada Oktober 2024.

BACA: Kasih Seorang Nenek, Tekun Baca Yasin Untuk Cucu Tengah Duduki SPM

BACA: Pernah Tular Didodoikan Selawat Bapa, ‘Bayi Polisterin’ Banjir 2014 Raih 9A UPKK

Sumber: TikTok Cikgu Muhammad Nazri

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.