Anugerah guardian: Kecantikan & Kesejahteraan 2025 rasmi dilancarkan pada 30 April lalu di Blue Atrium, Sunway Pyramid, bukan sekadar majlis, tetapi satu sambutan terhadap pilihan dan kisah di sebalik produk kecantikan serta kesejahteraan harian rakyat Malaysia.
Acara ini menghimpunkan pakar kesihatan, pempengaruh serta peminat penjagaan diri untuk merasai sendiri maksud sebenar ‘menjadi cantik mengikut cara sendiri’. Ia bukan hanya tentang penampilan, tetapi tentang keyakinan, kesihatan dan bagaimana seseorang itu menjaga dirinya dari dalam dan luar.
Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, anugerah ini menampilkan produk yang benar-benar dipercayai rakyat Malaysia yang digunakan setiap hari, menyokong rutin penjagaan diri dan meningkatkan keyakinan diri.
Empat Kategori Utama Anugerah guardian 2025
Kategori 1: Produk Terlaris (Best Sellers)
Kosmetik
- Muka: Skintific Cover All Cushion, Catrice Nude Illusion Powder
- Mata: Silkygirl Lash Prism Mascara, Maybelline Sky High Mascara, Barenbliss Roll To Volume Mascara
- Bibir: Wardah Lip Mousse, Hanasui Lip Cream
- Wangian Lelaki: Romano Eau De Parfum Grandiose
- Wangian Wanita: Syahirah Vitalis Egyptian Jasmine, Enchanteur Luxe EDP D’or
Penjagaan Kulit (Skincare)
- Pencuci Muka: Glad2Glow Milk Amino Acids Gentle Cleanser
- Toner: Hada Labo Hydrating Lotion (Light)
- Serum: The Raw. Arbutin 2% Serum
- Pelembap: Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel
- Losen Badan: Vaseline Gluta-Hya Serum Burst Lotion
- Penjagaan Jerawat: Dododots Beauty Patch
- Penjagaan Kulit Derma: Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
- Pelindung Matahari: Sunplay Skin Aqua SPF50
- Penjagaan Kulit Sensitif: CeraVe Foaming Cleanser
- Penanggal Solekan: Garnier Micellar Water
Penjagaan Peribadi
- Mandian Badan: Dove Beauty Nourishing Body Wash
- Syampu dan Perapi: Sunsilk Smooth & Manageable Shampoo
- Pewarna Rambut: Garnier Color Naturals
- Rawatan dan Gaya Rambut: Gatsby Set & Keep Spray, Mise En Scene Serum
- Ubat Gigi: Darlie Double Action Fresh + Clean
- Berus Gigi: Oral-B Pro Cross Action Berus Gigi Elektrik
- Penjagaan Kewanitaan: Kotex Overnight Wing
- Deodoran Lelaki: NIVEA Men Deep Roll On
- Deodoran Wanita: Vaseline Dry Serum
Penjagaan Kesihatan
- Suplemen Makanan Semulajadi: Brand’s Essence of Chicken
- Pemakanan Umum: Ensure Gold
- Tampalan Lega Sakit: Tiger Balm Plaster
- Kelegaan Lenguh Otot: Ammeltz Yoko-Yoko
- Ubat Tradisional Moden: Hurix’s Fluaway Syrup
- Perancang Keluarga: Durex Love Condom
- Kesihatan Usus: 21st Century Probiotics
- Vitamin C: Redoxon Triple Action
- Kesihatan Kulit: VitaHealth Skintru
- Kesihatan Jantung: Blackmores CoQ10
Kategori 2: Pilihan Pakar (Expert Picks 2025)
Kosmetik
- Pendatang Baru Terbaik: MAKE OVER Setting Spray
- Kosmetik Asia Terbaik: Wardah Lip Mousse 08
- Jenama Paling Trending: Lilybyred Water Tint
- Kosmetik Terlaris: Kahf Revered Oud EDT
- Kosmetik Vegan Terbaik: Catrice Allround Concealer
Penjagaan Kulit
- Pendatang Baru Terbaik: Lumi Vitamin Glow Serum
- Produk Paling Inovatif: Vt Reedle Shot 100
- Jenama Paling Trending: Skintific 5X Ceramide
- Jenama Korea-Jepun Terbaik: Medicube Zero Pore Pad
- Jenama Derma Pakar: Eucerin Booster Serum
Penjagaan Peribadi
- Pendatang Baru Terbaik: On The Body Dead Sea Salt Scrub
- Tuala Wanita Mesra Kulit Terbaik: Bieu Organic Cotton Pantyliners
- Penjagaan Kulit Kepala Terbaik: L’Oréal Full Resist Shampoo
- Mandian Kecantikan Terbaik: Dove Body Wash
- Kecantikan Oral Terbaik: 8B Water Flosser
Penjagaan Kesihatan
- Penambah Tenaga Terbaik: Berocca
- Inovasi Kesihatan Terbaik: Soluxe Pea Protein
- Rahsia Kecantikan Terbaik: Kinohimitsu Diamond
- Gula-Gula Vitamin Terbaik: Holistic Way Apple Cider Vinegar Gummies
Pilihan Peminat (Fan Favourites)
Undian dibuka kepada orang awam untuk lebih 85 subkategori bermula 30 April hingga 3 Jun 2025. Semua orang berpeluang mengundi https://guardianawards.com.my produk kegemaran mereka dan memenangi hadiah bernilai RM50,000.
Dengan begitu banyak produk hebat yang dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia dan disahkan oleh pakar, Anugerah Guardian 2025 benar-benar menghargai keperluan dan cita rasa pengguna sebenar.
Jadi, apakah produk yang menjadi pilihan harian anda? Yang mana satu paling anda percaya dan tak boleh tinggal?
Kongsikan pendapat anda di ruang komen dan jangan lupa untuk mengundi di laman rasmi guardian.com.my bermula 30 April ini.