Siakap Keli
Gambar: Ismail Sabran Ancok

Kebakaran Rumah: Ustaz Sempat Laung Azan Sebelum Meninggal Dunia

Kebakaran Rumah: Ustaz Sempat Laung Azan Sebelum Meninggal Dunia

TAWAU — Seorang penceramah bebas, Ustaz Ahmad Abdul Malik sempat melaungkan azan sebelum meninggal dunia dalam satu kebakaran di kawasan kediamannya di Kampung Baru Batu 2 awal pagi tadi.

Menurut perkongsian pengguna Facebook Ismail Sabran Ancok, mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.

“Selepas hantar anak ke sekolah, saya singgah sekejap melihat mangsa kebakaran di kampung baru batu 2. Berikan sedikit sumbangan air mineral.

“Dukacita pemergian Ustaz Ahmad Malik meninggal dunia selepas arwah laungkan azan dan sesak nafas kesan asap api kebakaran.

“Atas izin Allah SWT hanya sedikit terbakar di bahagian belakang dapur rumah Ustaz Ahmad.

“Perginya pasti dirindui warga kampung Orangnya peramah. Semoga ditempatkan orang beriman, aminn,” tulisnya dalam hantaran itu.

Tambah Ismail, dia turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba yang bertungkus lumus memadamkan api kebakaran bersama penduduk kampung.

“Kepada mangsa kebakaran, semoga tabah hadapi ujian. Salam takziah kepada keluarga Ustaz Ahmad,” luahnya lagi.

https://www.facebook.com/ancokwassak.mael/posts/pfbid02QkFy75idQWoE4SghVjnAFwJiqrTCMwJiqj5D7C8xvB48rXMJYXpfBn1XyZSfjMHHl

https://www.facebook.com/madrasah.tawausabah/posts/pfbid0BumuRxEFyuCCH5rQZpZB3pwPbgJcKywysTeuEe8hy5bdiCWoW4UC1F7JLR3ds9mJl

Imam Maut Dalam Perjalanan Ke Masjid

Pada Mac lalu, dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak/

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, penunggang motosikal Honda EX5 terbabit Mohd Nazri Mohd Nor, 59, dan anak lelakinya Muhammad Hamas, 25, meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dari arah Jerteh ke Kampung Padang Landak telah terlanggar motosikal dinaiki mangsa dari arah belakang selepas motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah laluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa di kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal dikejarkan ke Hospital Besut dan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu Toyota Hilux yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan

Sumber: Facebook Imran Sabran Ancok 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.