Siakap Keli
tarikh waktu LIMA'25 pertunjukan udara
Gambar: Bernama

LIMA’25: Tarikh, Waktu Latihan & Pertunjukan Udara

LIMA’25: Tarikh, Waktu Latihan & Pertunjukan Udara

Kurang dari dua minggu lagi, bahang Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) tahun 2025, bakal membuka tirainya, hujung Mei ini.

LIMA’25 akan dilangsungkan pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi, Kedah.

Pameran ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.

Sudah tentu ramai, peminat-peminat tidak sabar menantikan acara ini dengan pelbagai pertunjukan menarik menanti.

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan tarikh dan waktu bagi latihan pertunjukan udara dan pertunjukan udara bersempena LIMA’25 di bawah.

Tarikh & Waktu Latihan Dan Pertunjukan Udara

Latihan Pertunjukan Udara

6 -14 Mei 2025: Tertakluk kepada pihak Pengurusan CAAM Langkawi.

15-19 Mei 2025: Bermula jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi dan 12 tengah hari hingga 2.30 petang.

Pertunjukan Udara

20 Mei 2025: Bermula jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi dan 12 tengah hari hingga 2.30 petang

21 & 22 Mei 2025: Jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang

23 & 24 Mei 2025: Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.40 petang

Gambar: RTM

Apa itu LIMA’25?

LIMA’25, atau Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition, merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik.

LIMA’25  kali ini merupakan edisi yang ke-17 dianjurkan di Malaysia.

Menurut laman rasmi LIMA, tema bagi edisi kali ini adalah “Innovate Today, Thrive Tomorrow,” yang menekankan kepentingan inovasi dalam meningkatkan daya saing industri.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pameran yang memasuki edisi ke-17 itu, telah mendapat sambutan awal yang menggalakkan oleh syarikat dari dalam dan luar negara.

“Ia membuktikan bahawa pameran LIMA ialah sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri aeorangkasa dan maritim,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran LIMA ‘25 di Wisma Perwira ATM di sini.

Sumber: RTM

BACA: Ketahui Apa Itu Teknik “Crosswind Landing”, Pesawat ‘Mengiring’ Semasa Mendarat

BACA: Apa Itu ‘Shift Lock’? Lelaki Dedah ‘Rahsia’ Tukar Gear Dengan Selamat

BACA: Ketahui Apa Itu DPC & DPM, Dua Benda Penting Yang Perlu Ada Jika Nak Bina Rumah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.