Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Dermasiswa B40: Syarat & Cara Mohon Untuk Lepasan SPM
Berita baik buat pelajar lepasan SPM 2024 yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Kini, impian untuk anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi semakin mudah dicapai menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40).
Inisiatif tajaan pendidikan ini dirangka khas untuk membuka ruang dan peluang kepada pelajar dalam kategori B40 terutamanya bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan anda, malah ia juga menjadi langkah awal ke arah masa depan anda yang lebih cerah.
Apa itu program Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM?
DB40 merupakan program tajaan penuh yang dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memastikan pelajar yang berpotensi tidak tercicir dalam mengejar impian ke menara gading hanya kerana kekangan kewangan.
Program ini memberi keutamaan kepada kursus peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sama ada secara penuh atau separa.

Kelayakan umum permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40)
Untuk memohon DB40, pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia
Bebas daripada penyakit serius, kronik, atau berjangkit, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian
Ibu bapa dan pemohon tidak berada dalam senarai hitam JPA atau terlibat dengan tindakan undang-undang oleh agensi tersebut
Tidak pernah ditamatkan tajaan JPA akibat pelanggaran perjanjian
Tidak menerima sebarang bantuan kewangan lain pada peringkat pengajian yang sama
Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana institusi termasuk sekolah khas, swasta atau sebagai calon persendirian
Berumur tidak lebih daripada 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun menduduki SPM
Mempunyai pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi RM5,249 sebulan (kategori B40).
Terdapat dua kategori institusi pengajian, masing-masing mempunyai syarat akademik berbeza:
1. Universiti Awam (UA), Politeknik & IPTS Terpilih:
Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah
Sekurang-kurangnya gred C dalam tiga subjek lain
Telah menerima tawaran atau telah mendaftar di institusi pengajian tersebut
2. Institut Kemahiran Awam (IKA) seperti IKTBN, IKM, KKTM, ADTEC & JMTI:
Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah
Sekurang-kurangnya gred C dalam satu subjek lain
Telah mendapat tempat dan mendaftar di institusi berkenaan.
Institusi yang terlibat
Antara institusi pengajian yang termasuk dalam skim DB40 adalah:
Universiti Awam (UA)
Politeknik
Institut Kemahiran Awam (IKA):
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
Institut Kemahiran MARA (IKM)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti oleh JPA
Program ini merangkumi pelbagai bidang yang relevan dengan keperluan semasa industri negara:
Sains
Sains sosial dan sastera
Kejuruteraan, teknologi dan teknikal
Seni bina
Permohonan fasa 2 program Dermasiswa B40 (DB40) kini dibuka
Untuk pelajar lepasan SPM 2024, permohonan bagi Fasa 2 telah pun dibuka. Jangan lepaskan peluang ini untuk memohon tajaan yang boleh mengubah masa depan anda.
UPUOnline: 14 April – 18 Mei 2025
UP_TVET: 14 April – 15 Jun 2025
Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi JPA melalui pautan ini : penajaan.jpa.gov.my
Program Dermasiswa B40 (DB40) ini bukan sekadar tajaan, tetapi ianya merupakan satu platform untuk membantu golongan muda membina masa depan yang lebih cerah. Semoga bermanfaat.
Sumber : JPA
BACA : Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2024: Mohon Sekarang
BACA :
Punca Kereta Bunyi Pelik, Kesan Sebelum Terlambat