Siakap Keli
Luna Maya Maxime Bouttier
Kredit: Media Sosial

Luna Maya Kini Sah Bergelar Isteri Maxime Bouttier

Luna Maya Kini Sah Bergelar Isteri Maxime Bouttier

Selebriti popular Indonesia, Luna Maya, 41, kini sah bergelar isteri kepada pelakon kacak Maxime Bouttier, 32.

Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup dengan hanya sekali lafaz di Ubud, Bali.

Dalam majlis berkenaan, Luna menerima mas kahwin berupa emas seberat 7.5 gram serta wang tunai AS$2,025 (sekitar RM8,576.89) sebagai wang hantaran daripada suaminya.

“Saya terima nikah dan kahwinnya Luna Maya Sugeng binti almarhum Uut Bambang Sugeng dengan logam mulia 7.5 gram dan wang AS$2,025,” ujar Maxime di hadapan saksi dan ahli keluarga terdekat.

Majlis akad nikah itu menyaksikan abang kandung Luna, Tipi Jabrik, bertindak sebagai wali menggantikan arwah ayah mereka, Uut Bambang Sugeng.

Menariknya, kedua-dua pengantin memilih untuk ditemani sahabat rapat sebagai saksi.

Maxime disaksikan oleh suami kepada penyanyi terkenal Maia Estianty, manakala Luna pula diwakili oleh rakan selebriti popular, Raffi Ahmad.

Majlis mereka turut diserikan kehadiran ramai rakan artis terkenal.

https://www.instagram.com/p/DJWPGGpSLIg/

Siaran langsung di YouTube, gara-gara kad kahwin bocor

Mengulas mengenai keputusan untuk menyiarkan majlis pernikahan secara langsung di platform YouTube, Luna menjelaskan bahawa tindakan itu diambil susulan kad jemputan mereka telah tersebar lebih awal di media sosial.

“Jujur kerana undangan bocor, akhirnya kita go public saja. Ya sudah akhirnya kita live saja di YouTube kita. Kalau tidak bocor saya memang ingin majlis ini berjalan dengan sangat tertutup,” kata Luna Maya.

Terdahulu, Maxime melamar Luna secara romantik ketika mereka berada di Jepun.

Menjelang hari bahagia itu, Luna turut melalui beberapa ritual tradisional termasuk acara siraman.

https://www.instagram.com/p/DJV25XHPRiN/

BACA: Sofyank Kongsi Detik Pertemuan Dengan Tom Cruise, Buat Ramai Teruja

BACA: Gelagat Comel Dua Pak Cik “Redeem” Aiskrim Percuma Mixue Curi Perhatian

BACA: Ini Berlaku Apabila Seseorang Meninggal Dunia Di Atas “Cruise Ship”

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.