Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: AI/Image FX

Ini Berlaku Apabila Seseorang Meninggal Dunia Di Atas “Cruise Ship”

Hannah

Ini Berlaku Apabila Seseorang Meninggal Dunia Di Atas “Cruise Ship”

Bercuti menaiki kapal persiaran atau “cruise ship” sering dianggap sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan mewah.

Namun, seperti kehidupan di darat, kru dan pengendali kapal juga perlu bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka. Ini termasuklah insiden kematian di tengah lautan.

Untuk info, pada Sabtu lalu, seorang penumpang lelaki berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di atas kapal persiaran MSC Virtuosa yang berlayar dari Southampton, United Kingdom menuju Bruges, Belgium.

Menurut laporan, seorang petugas perubatan tentera telah cuba memberi bantuan pernafasan (CPR), namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan itu, Metro UK melaporkan seorang lelaki berusia 57 tahun turut ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan membunuh.

Walaupun kes kematian sebegini jarang berlaku, ia bukan sesuatu yang mustahil. Jadi, apakah sebenarnya prosedur apabila seseorang meninggal dunia di atas kapal persiaran?

Prosedur apabila kematian berlaku di atas kapal

Apabila seseorang meninggal dunia di atas kapal persiaran, tindakan lanjut akan bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk lokasi kapal dan polisi syarikat pengendali.

Setiap kapal persiaran diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang profesional perubatan serta kemudahan bilik rawatan dan unit penjagaan rapi.

Doktor yang bertugas akan melakukan pemeriksaan dan mengesahkan kematian setelah segala usaha menyelamat tidak berjaya.

Sekiranya mangsa ditemani ahli keluarga atau rakan, mereka akan dimaklumkan terlebih dahulu. Jika mangsa bersendirian, pihak kapal akan menghubungi waris terdekat.

Menurut Pensyarah Kanan di Institut Pelancongan dan Hospitaliti, University of East London, Zoe Adjey, kakitangan kapal dilatih untuk menangani situasi sebegini secara berhemah, termasuk memberikan sokongan emosi kepada keluarga.

Pencatatan kematian dan tanggungjawab undang-undang

Setelah kematian disahkan, maklumat tersebut akan direkodkan dalam log kapal dan dimaklumkan kepada “negara bendera”, iaitu negara tempat kapal itu berdaftar.

Dr. Asimah, seorang doktor berdaftar yang bekerjasama dengan penyedia insurans perjalanan Staysure, menjelaskan bahawa dokumen perubatan dan sijil kematian yang tepat amat penting untuk memudahkan proses selanjutnya bersama pihak berkuasa tempatan.

Jika kematian berlaku di perairan antarabangsa atau melibatkan unsur jenayah, pihak berkuasa tempatan akan mengambil alih siasatan.

Mengikut Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), setiap negara mempunyai bidang kuasa sehingga 12 batu nautika dari pesisir pantai mereka.

Kemudahan penyimpanan jenazah dan penghormatan terakhir

Walaupun tidak diiklankan kepada umum, kebanyakan kapal persiaran besar dilengkapi dengan bilik mayat yang terletak di dek paling bawah dan mampu menempatkan antara tiga hingga enam jenazah.

Sesetengah kapal turut menyediakan ruang sembahyang atau kapel untuk membolehkan penghormatan terakhir dijalankan mengikut kepercayaan agama si mati.

Jenazah akan disimpan sementara sehingga kapal berlabuh di pelabuhan terdekat yang sesuai bagi proses seterusnya.

Adakah penumpang lain akan diberitahu?

Kru kapal biasanya akan menangani situasi kematian dengan penuh kerahsiaan bagi menjaga privasi keluarga dan keharmonian suasana pelayaran.

Namun begitu, terdapat kod-kod tertentu yang digunakan oleh kru kapal.

Contohnya, “Operation Bright Star” merujuk kepada kecemasan perubatan, manakala “Operation Rising Star” menandakan berlaku kematian penumpang.

Siapa tanggung kos kematian?

Malangnya, syarikat kapal persiaran tidak menanggung sebarang kos berkaitan kematian penumpang.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk memiliki insurans perjalanan yang merangkumi pelbagai kemungkinan, termasuk kematian.

Dr. Asimah menegaskan bahawa polisi insurans pelayaran boleh melindungi kos yang tinggi bagi proses repatriasi jenazah. Ini termasuk koordinasi bersama pegawai tempatan, konsulat dan penyedia penerbangan khas untuk membawa jenazah pulang ke negara asal dengan penuh hormat.

Berapa kerap kematian berlaku di kapal persiaran?

Menurut International Journal of Travel Medicine and Global Health, sebanyak 623 kematian telah dilaporkan di laut antara tahun 2000 hingga 2019.

Daripada jumlah ini, 89 peratus melibatkan penumpang dan 11 peratus membabitkan kru kapal.

Punca utama kematian penumpang ialah terjatuh dari kapal, serangan jantung dan bunuh diri.

Bagi kru kapal pula, kebanyakannya berpunca daripada bunuh diri, jenayah dan terjatuh dari tempat tinggi.

Syarikat Carnival Cruise Lines merekodkan jumlah kematian penumpang tertinggi iaitu 29 peratus, diikuti Royal Caribbean Cruises (12 peratus) dan Norwegian Cruise Line (10 peratus).

Bagi kematian kru, Carnival dan Royal Caribbean mencatatkan peratusan tertinggi iaitu masing-masing 19 peratus.

BACA: Dermasiswa B40: Syarat & Cara Mohon Untuk Lepasan SPM

BACA: “Grounding”: Reset Badan & Emosi Secara Semula Jadi

BACA: Teknik Memasak Seafood Supaya Tak “Overcook”

Sumber: Metro UK