Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Teknik Memasak Seafood Supaya Tak "Overcook"
Gambar AI
Tiada Kategori

Teknik Memasak Seafood Supaya Tak “Overcook”

suhaila

Teknik Memasak Seafood Supaya Tak “Overcook”

Makanan laut atau seafood bukan sahaja terkenal dengan keunikan rasanya yang lazat dan segar dari lautan, malah turut kaya dengan pelbagai nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung, otak serta sistem imun.

Selain itu, makanan laut yang selau menjadi kegemaran ramai juga sangat versatil kerana boleh disediakan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dibakar, dikukus, direbus atau dimasak dalam kuah berempah. Semuanya mampu memberikan cita rasa tersendiri yang memikat selera.

Walaupun ia nampak begitu mudah untuk disediakan, satu perkara yang sering menjadi cabaran besar bagi ramai tukang masak ialah untuk menentukan tempoh masa memasak yang tepat dan sesuai.

Ini kerana makanan laut mempunyai tekstur lembut dan sensitif terhadap suhu panas, menjadikannya mudah untuk menjadi liat, keras, kering atau hilang rasa aslinya jika terlebih masak.

Sebaliknya, jika dimasak terlalu singkat atau tidak cukup masak, ia bukan sahaja mengganggu keenakan hidangan, malah boleh mengundang risiko kesihatan seperti keracunan makanan akibat bakteria yang masih aktif.

Oleh itu, memahami masa memasak yang sesuai bagi setiap jenis makanan laut adalah amat penting. Keadaan ini bertujuan agar hasil masakan anda bukan sahaja enak dan menyelerakan, tetapi juga selamat untuk dinikmati seisi keluarga.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan teknik-teknik asas untuk anda memasak seafood supaya tak overcook khas untuk anda yang gemar menyediakan hidangan laut di rumah.

1. Ikan

Ikan seperti siakap, kembung atau salmon popular dalam penyediaan makanan laut kerana isinya lembut dan cepat masak.

Secara umumnya, kebanyakan ikan hanya memerlukan masa selama 3 hingga 5 minit untuk setiap sisi bergantung kepada ketebalannya.

Manakala untuk ikan seekor yang dibakar, kukus atau dimasak berkuah, ia biasanya akan mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit bagi setiap 500 gram.

Oleh itu, untuk memastikan ikan tersebut telah masak dengan sempurna, cuba anda perhatikan teksturnya. Isi ikan yang mudah terlerai dengan garpu menandakan ia sudah sedia untuk dihidang dan telah masak sepenuhnya.

Jika bahagian tengah masih lagi mentah atau pejal, teruskan memasak seketika lagi demi keselamatan dan mengelak risiko jangkitan bakteria akibat makan ikan yang belum masak sepenuhnya.

2. Udang

Udang merupakan antara makanan laut yang paling cepat masak. Untuk udang, masak memasak yang diperlukan hanya selama 2–4 minit untuk direbus, digoreng atau dicelur.

Udang yang segar akan bertukar warna merah jambu atau kemerahan serta membentuk huruf “C” apabila sudah cukup masak.

Elakkan memasak udang dengan terlalu lama kerana ia boleh menjadi kenyal dan kering. Untuk hasil terbaik, masak udang dalam jumlah kecil agar suhu kuali atau air kekal stabil dan udang masak sekata.

Anda juga boleh menambah sedikit perapan ringkas seperti bawang putih, mentega atau perahan lemon bagi menyerlahkan lagi rasa manis semula jadinya.

3. Sotong

Selain itu, untuk teknik memasak sotong, ia memerlukan teknik memasak yang agak berbeza berbanding makanan laut lain kerana teksturnya yang unik dan mudah berubah apabila terdedah kepada haba.

Sotong hanya sesuai dimasak dalam dua tempoh masa yang berlawanan.

Untuk masakan seperti menumis atau menggoreng, masa yang diperlukan adalah sangat cepat, iaitu sekitar 1 hingga 2 minit sahaja.

Manakala untuk masakanyang berkuah, kari, atau stew masa yang diperlukan adalah sekitar 30 minit. Ini bertujuan untuk menjadikan isi sotong kembali lembut setelah melalui proses perebusan yang perlahan.

Jika sotong dimasak di antara dua tempoh ini, contohnya selama 5 hingga 15 minit, ia cenderung menjadi keras, liat dan sukar untuk dikunyah.

Ini kerana struktur protein dalam dagingnya mengeras sebelum sempat menjadi lembut semula. Oleh itu, penting untuk memilih kaedah memasak yang sesuai bergantung kepada resipi yang digunakan agar tekstur sotong kekal empuk, kenyal dan menyelerakan.

4. Sotong Kurita

Manakala untuk sotong kurita pula, ia memerlukan teknik memasak yang khusus untuk memastikan ia menjadi lembut dan mudah dimakan.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu merebus sotong kurita secara perlahan selama 45 hingga 60 minit atau sehingga ia cukup lembut.

Semakin lama anda merebus, semakin lembut tekstur sotong kurita tersebut. Oleh itu, jika anda mahu hasil yang lebih lembut dan kenyal, biarkan ia direbus dalam tempoh yang lebih lama.

Pastikan air rebusan sentiasa cukup untuk menutupi sotong dan jangan lupa untuk menambah rempah atau herba untuk memberikan aroma dan rasa yang lebih menyelerakan.

BACA : Bantuan Sihat Selangor 2025: Inisiatif Kesihatan Percuma Rawat Penyakit

5. Ketam

Untuk ketam pula, masa memasak yang sesuai adalah sekitar 10–15 minit secara kukus atau rebus, bergantung kepada saiz.

Sekiranya dimasak dalam sambal atau kuah kari, ia memerlukan lebih masa iaitu antara 10 hingga 20 minit. Ini untuk memastikan rasa rempah benar-benar meresap ke dalam isi ketam tersebut.

Ketam yang telah masak biasanya akan bertukar warna menjadi merah terang, manakala isinya menjadi putih dan mudah tanggal dari cengkerang.

Bagi memastikan rasa lebih enak, potong ketam kepada beberapa bahagian sebelum dimasak agar kuah dan rempah dapat meresap dengan lebih sekata.

6. Kerang, Lala dan Kupang

Bagi masakan yang bercengkerang seperti kupang, kerang dan lala pula masa memasak yang diperlukan adalah sekitar 5–7 minit sahaja sama ada ditumis, dikukus atau direbus.

Tanda yang paling mudah untuk tahu ia sudah masak sepenuhnya ialah apabila cengkerangnya terbuka sepenuhnya.

Sekiranya terdapat cengkerang yang tidak terbuka selepas masak, sebaiknya buang kerana ia mungkin tidak segar.

Untuk rasa yang lebih sedap, anda boleh menumisnya bersama bawang putih, cili, halia dan sedikit sos tiram atau mentega.

Selain itu, pastikan anda merendam dan membersihkan kerang-kerangan ini terlebih dahulu bagi membuang pasir dan kekotoran sebelum dimasak.

7. Scallop

Untuk memasak scallop pula, ia memerlukan perhatian yang khusus. Untuk kaedah “pan-sear”, cukup sekadar 1.5–2 minit bagi setiap sisi.

Permukaan luar scallop akan bertukar warna perang keemasan sementara bahagian dalam kekal lembut dan juicy. Elakkan memasak scallop lebih dari 4–5 minit secara keseluruhan kerana ia mudah menjadi liat.

Untuk hasil yang lebih sempurna, pastikan kuali cukup panas sebelum meletakkan scallop. Ini bertujuan agar ia cepat merekah di luar tanpa kehilangan kelembutannya di dalam.

Selain itu, jangan sesekali menggerakkan scallop terlalu banyak dalam kuali, kerana ia boleh menyebabkan permukaan luar tidak cukup rangup dan hilang teksturnya.

Kesimpulan, amal teknik memasak seafood di atas untuk kesenangan anda di dapur

Oleh itu, memasak makanan laut memerlukan perhatian yang lebih dari anda bagi meastikan hasilnya sangat memuaskan.

Dengan memahami masa memasak yang tepat, anda bukan sahaja dapat mengekalkan rasa asli dan tekstur semula jadi seafood, malah anda juga dapat meningkatkan kualiti serta kesihatan hidangan anda.

Sumber : rawseafoods, globalseafoods

BACA : 13 Halatuju Selepas SPM: Sambung Belajar Atau Kerja