Bantuan Sihat Selangor 2025: Inisiatif Kesihatan Percuma Rawat Penyakit
Dalam usaha memastikan rakyat Selangor menikmati taraf kesihatan yang baik tanpa terbeban dengan kos rawatan yang tinggi, Kerajaan Negeri Selangor terus memperkasa inisiatif kesihatan yang menyeluruh melalui program Bantuan Sihat Selangor (BSS).
Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, program ini telah memberi manfaat kepada ribuan rakyat negeri ini.
Ia membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan akses rawatan perubatan penting secara percuma atau pada kos yang minimum.
Tahun 2025 menyaksikan kesinambungan program ini dengan peruntukan besar sebanyak RM5 juta, seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2023.
Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menjadi pemangkin kepada gaya hidup sihat dan masyarakat yang lebih sejahtera.
Jenis Bantuan Yang Ditawarkan Di Bawah Bantuan Sihat Selangor 2025
Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai jenis bantuan rawatan dan perubatan yang disasarkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, antaranya:
1. Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Bantuan kewangan sehingga RM5,000 disediakan untuk menampung kos rawatan dialisis di pusat rawatan yang berdaftar. Bagaimanapun, permohonan untuk rawatan dialisis di bawah Program BSS ini telah pun akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Mac 2025.
2. Pembedahan Katarak Mata
Pesakit yang disahkan memerlukan pembedahan katarak boleh memohon bantuan sehingga RM1,200, termasuk kos kanta mata.
3. Rawatan Penyakit Kanser
Bagi pesakit kanser, program ini menyediakan bantuan sehingga RM5,000 yang merangkumi kos rawatan dan pembelian ubat-ubatan berkaitan.
4. Fisioterapi Pasca Hospitalisasi
Pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi selepas keluar hospital boleh memohon bantuan sehingga RM5,000 bagi tujuan pemulihan.
Jangan lepaskan peluang dapatkan nikmati Bantuan Sihat Selangor 2025
5. Pembedahan Kecil
Program ini turut menampung kos pembedahan kecil sehingga RM5,000, dengan syarat rawatan dijalankan di hospital kerajaan.
6. Pembelian Kaki Palsu (Prostetik)
Individu OKU atau pesakit yang kehilangan anggota boleh memohon bantuan sehingga RM5,000 untuk mendapatkan kaki palsu yang disyorkan oleh doktor.
7. Rawatan Penyakit Tibi
Pesakit yang sedang menjalani rawatan aktif penyakit Tibi layak memohon bantuan sebanyak RM800.
8. Rawatan Lain Yang Disyorkan Doktor
Program ini juga memberi ruang kepada bantuan kes-kes lain yang mendapat pengesahan doktor hospital kerajaan, dengan bantuan maksimum sehingga RM5,000.
Syarat Kelayakan Untuk Memohon
Untuk memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasar yang tepat, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau telah bermastautin di negeri ini lebih daripada 10 tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
- Keutamaan diberikan kepada individu yang tidak menerima sebarang bantuan kesihatan daripada agensi lain.
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam setahun.
- Setiap permohonan mestilah disertakan dengan dokumen sokongan lengkap.
Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Sihat Selangor 2025
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi Bantuan Sihat Selangor. Berikut adalah panduan permohonan:
1. Layari portal rasmi: https://bantuansihat.selangor.gov.my
2. Klik “Daftar” bagi pengguna baharu atau “Log Masuk” bagi pengguna sedia ada.
3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
4. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan MyKad pemohon dan pasangan (jika berkahwin).
- Surat pengesahan doktor atau laporan perubatan.
- Penyata gaji atau surat akuan pendapatan.
- Bil utiliti terkini sebagai bukti tempat tinggal.
5. Semak semula maklumat yang dimasukkan sebelum klik butang “Hantar”.
Tarikh Permohonan
Permohonan untuk tahun 2025 telah dibuka pada 2 Januari 2025 jam 9:00 pagi dan akan ditutup pada 31 Disember 2025 jam 11:59 malam.
Pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau kelewatan proses.
Program Bantuan Sihat Selangor 2025 adalah manifestasi keprihatinan kerajaan negeri terhadap aspek kesihatan rakyatnya.
Melalui bantuan menyeluruh ini, bukan sahaja beban kewangan rakyat dapat dikurangkan, malah peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna juga terbuka luas.
Jika anda atau ahli keluarga tergolong dalam kumpulan yang layak, jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan program ini demi kesejahteraan hidup yang lebih baik.