Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lapan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah diramal hujan.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
“Selain itu, beberapa kawasan di Kelantan juga diramal hujan termasuk Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai sementara Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala hanya daerah Hulu Langat sahaja diramal hujan di Selangor.
“Beralih ke Johor, kawasan yang terlibat adalah Segamat, Kluang dan Mersing. Manakala di Sabah pula seperti Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” katanya.
BACA: Monsun Barat Daya Dijangka Bermula 10 Mei – MetMalaysia
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02WvMpC6mqDFcboYau2q5dodaQEkSNr6vT4JYUJzFis3HdDwar47HgGS7v8iJx2ngxl