Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sedu strok
Gambar: AI/Image FX
Tiada Kategori

Doktor Dakwa “Sedu” Boleh Undang Strok Paling Berbahaya

Hannah

Doktor Dakwa “Sedu” Boleh Undang Strok Paling Berbahaya

“Sedu” — bunyinya biasa, kejadiannya pun kerap dialami.

Namun, siapa sangka sedu yang berpanjangan boleh menjadi petanda awal kepada sesuatu yang jauh lebih serius, bahkan boleh meragut nyawa.

Baru-baru ini, perkongsian seorang doktor mendapat perhatian apabila mendedahkan bahaya sedu berpanjangan yang ramai tidak tahu.

“Kisahnya bermula apabila seorang wanita sedang memulakan hari seperti biasa di pejabat. Beliau baru sahaja duduk di mejanya apabila tiba-tiba mengalami sedu.

“Walaupun enggan bangun untuk mengambil air, beliau akhirnya berjalan ke dispenser dan minum. Mujur, sedunya berhenti selepas itu.

“Namun, hanya 30 minit kemudian, sedu itu kembali. Kali ini, beliau memilih kaedah tradisional, iaitu menahan nafas untuk menghilangkan sedu. Sekali lagi, sedu itu hilang,” kongsi doktor tersebut.

Namun, apa yang mengejutkan, sepanjang hari tersebut dan keesokan harinya, sedu itu berulang.

“Wanita itu mula menyangka mungkin ia berpunca daripada ubi keladi yang dimakannya.

“Tetapi ketika sedang menyediakan makan malam pada malam berikutnya, beliau tiba-tiba berasa lemah dan rebah,” tambahnya lagi.

Wanita berkenaan kemudiannya segera dibawa ke hospital dan deretan ujian dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Hasil diagnosis amat mengejutkan, beliau diserang strok. Tetapi bukan sebarang strok, sebaliknya strok batang otak (brainstem stroke), iaitu antara jenis strok yang paling berbahaya,” jelas doktor tersebut.

Tambah doktor tersebut, wanita berkenaan akhirnya terselamat, tetapi dengan kesan kekal pada keseimbangannya.

Apa itu strok batang otak?

Batang otak mengawal fungsi penting tubuh seperti pernafasan, degupan jantung, tekanan darah dan kesedaran.

Malah, strok sekecil mana pun yang berlaku di kawasan ini boleh membawa kepada komplikasi besar termasuk kehilangan kesedaran, lumpuh, koma atau maut.

Jelas doktor tersebut lagi, strok berbahaya ini telah memberikan amaran awal kepada wanita berkenaan, iaitu menerusi sedu.

“Ini kerana batang otak turut mengawal saraf yang terlibat dalam refleks sedu, selain fungsi automatik lain dalam tubuh,” katanya.

Menurut doktor tersebut, sekiranya seseorang mengalami sedu yang berlarutan lebih 48 jam, ia bukan lagi sedu biasa.

Ia mungkin satu amaran bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dalam tubuh.

Sedu yang berterusan juga boleh disertai dengan simptom-simptom lain seperti:

  • Kebas secara tiba-tiba

  • Kelemahan pada satu bahagian badan

  • Sukar bercakap

  • Muka menjadi senget atau terjatuh sebelah

  • Pening atau hilang keseimbangan

  • Masalah penglihatan secara tiba-tiba

Apa yang membimbangkan, simptom-simptom ini sering disalah anggap sebagai “gangguan kecil”. Ramai tidak sedar betapa cepat keadaan boleh menjadi kritikal.

Dalam pada itu, doktor tersebut menjelaskan statistik menunjukkan bahawa strok batang otak dengan simptom awal seperti sedu lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita. Bagaimanapun, ia tetap boleh menimpa lelaki.

Jangan pandang ringan atau tunggu sampai terlambat

Sedu bukan hanya gangguan kecil yang perlu “ditunggu hilang sendiri”.

Jika ia berterusan atau disertai simptom lain, jangan bertangguh. Jumpalah doktor dan dapatkan penilaian menyeluruh.

BACA: Suasana Meriah Sambut Jemaah Haji Malaysia Di Makkah, Curi Perhatian Ramai

BACA: Sofyank Kongsi Detik Pertemuan Dengan Tom Cruise, Buat Ramai Teruja

BACA: Gelagat Comel Dua Pak Cik “Redeem” Aiskrim Percuma Mixue Curi Perhatian

Sumber: Instagram @drbelswellness