Siakap Keli
MR D.I.Y. 'mohon maaf' Kerana Terlalu 'Memanjakan' Pelanggan
Gambar Hiasan

MR D.I.Y. ‘mohon maaf’ Kerana Terlalu ‘Memanjakan’ Pelanggan

MR D.I.Y. ‘mohon maaf’ Kerana Terlalu ‘Memanjakan’ Pelanggan

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2025 – Peruncit barangan kelengkapan rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], hari ini melancarkan inisiatif terbarunya, “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda”.

Inisiatif unik ini merupakan “permohonan maaf” berunsur jenaka bagi menghargai sokongan padu rakyat Malaysia yang telah menjadikan MR D.I.Y. destinasi pilihan utama mereka untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang Always Low Prices. Ia bertujuan meraikan pelanggan dengan pengalaman istimewa yang melangkaui nilai dan penawaran mampu milik yang begitu sinonim dengan MR D.I.Y.

Dari 9 hingga 11 Mei 2025, MR D.I.Y. membawakan MANJA Land di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall – yang mengubah ruang beli-belah ini menjadi sebuah santuari yang menenangkan, lengkap dengan sesi memanjakan diri untuk para pengunjung. Pelanggan boleh menikmati bengkel interaktif, perkhidmatan rias kuku, urutan, snek, dan kopi, manakala zon khas kanak-kanak memastikan si kecil turut terhibur.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Di MR D.I.Y., kami sentiasa mencari peluang untuk menghargai pelanggan kami. ‘Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda’ bukan sekadar menawarkan pelbagai barangan keperluan yang Always Low Prices; ia juga mempertingkatkan keseluruhan pengalaman membeli-belah. MANJA Land merupakan cara kami memanjakan pelanggan sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan mereka.”

“Dengan MANJA Land, kami ingin pelanggan berasa dihargai, bergembira, dan pulang dengan senyuman – menjadikan hari mereka lebih ceria. Kami menjemput semua orang untuk hadir dan menikmati MANJA Land, biarlah MR D.I.Y. terus memanjakan anda,” tambah beliau.

Untuk menikmati pengalaman di MANJA Land, pelanggan hanya perlu ke Kaunter Penebusan MANJA, mengumpul token melalui pembelian atau aktiviti media sosial, dan menebus pelbagai hadiah menarik. Tarikan utama MANJA Land termasuk:

  • Manja Lab – Bengkel interaktif seperti Analisis Warna Peribadi, Pembuatan Minyak Wangi, dan Gubahan Bunga.
  • Manja Lounge – Ruang rehat selesa dengan kopi barista dan bertih jagung.
  • Interactive Corner – Aktiviti menyeronokkan termasuk dinding foto, permainan memori dan roda hadiah.
  • Lil’ Manja – Zon kanak-kanak dengan Slime Play dan Spa Kanak-Kanak.
  • Manja Spa – Sesi urutan tangan dan bahu, dan sesi penggunaan kerusi urut dari ITSU.
  • Manja Fingers – Perkhidmatan rias kuku selama 20 minit untuk memanjakan tangan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda” dan pengalaman MANJA Land, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my, atau ikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.