Siakap Keli
nurul izzah bertanding
Kredit: Bernama

Nurul Izzah Bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa beliau akan bertanding bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, Izzah berkata beliau menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan itu dan berikrar untuk melakukan yang terbaik demi parti terbabit.

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, izinkan saya, Nurul Izzah Anwar, menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden Keadilan 2025-2028.

“Sekiranya perwakilan Keadilan merasakan saya sesuai untuk menggalas tanggungjawab dan amanah besar ini, Insya-Allah, saya akan berusaha melakukan yang terbaik demi Keadilan,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, Izzah turut mengulas mengenai isu berbangkit yang melanda parti terbabit susulan daripada pemilihan jawatan berkenaan. Beliau menjelaskan kemunculan tohmahan ‘Parti Anak Beranak’ yang dilemparkan sebahagian ahli parti bersifat serangan berulang.

“Sebenarnya, label ini bukan lah serangan baharu. Malah, sejak 1998, ketika saya bersama pengasas dan pejuang Reformasi bersama-sama menubuhkan KEADILAN, label ini telah digunakan untuk memperlekeh perjuangan kita.

“Ketika saya menang Naib Presiden dengan undian tertinggi pada tahun 2010, 2014 dan 2018, serangan yang sama tetap dilemparkan,” ujar beliau.

Menurutnya, lemparan tohmahan tersebut tidak akan menjadi penghalang buat beliau meneruskan berkhidmat.

Mengulas lanjut, Izzah meyakini proses pemilihan bakal dibuat secara terbuka dan tidak bersifat nepotisme.

Beliau turut mengimbau kembali tindakannya menolak tawaran lantikan sebagai Menteri ketika Parti Harapan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Apa keputusan saya? Saya menolak kerana ianya adalah lantikan Perdana Menteri, di dalam kabinet yang turut dianggotai oleh Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri.

“Malahan, sekiranya saya menang jawatan Timbalan Presiden sekalipun, saya tidak berminat dengan jawatan kabinet,” tambah beliau.

Meletakkan noktah dalam tuduhan yang berlegar, Nurul Izzah sempat menyampaikan pesan buat ahli parti.

“Ada kalanya, keputusan yang perlu kita ambil bukanlah yang paling mudah atau paling selesa, tetapi ia lahir daripada satu bentuk tanggungjawab.

“Saya tetap percaya, perjuangan ini bukan milik mana-mana individu. Ia milik kita semua yang masih setia memikul idealisme Reformasi sejak 1998,” titip beliau.

https://www.facebook.com/nurulizzahanwar/posts/pfbid033KmzeHQ37XYHeTXskMxvLu2pbtrYt17shB8433tF4a4AZhqWigPu95kqEi3XRzsnl?mibextid=wwXIfr

Sumber: Nurul Izzah Anwar

BACA: Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan: Kutipan Dana Capai Sasaran, Urusan Jual Beli Segera Dilakukan – MAIPk

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.