Siakap Keli
negeri hujan petang ini
Gambar: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Manakala seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan dijangka hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling. Sementara di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

“Bagi Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli dan Gua Musang. Manakala di Terengganu termasuk Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang, daerah yang diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin. Bagi Selangor, kawasan yang teerlibat hanya Hulu Selangor dan Gombak.

“Di Johor, kawasan yang terlibat seperti Segamat, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Miri (Telang Usan) dan Limbang. Manakala di Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Sandakan) dan Kudat,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0sQ8anUjEwrJUecbcQoH9JtDVWhAgcKubHG1tB9pKyiJMYWFRUuG3c2fNt1DhL4MYl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: PM Pakistan Adakan Mesyuarat NCA Berikutan Ketegangan Dengan India

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.