Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
pakistan mesyuarat nca india
Gambar: AFP

PM Pakistan Adakan Mesyuarat NCA Berikutan Ketegangan Dengan India

Iqbal Yasir

PM Pakistan Adakan Mesyuarat NCA Berikutan Ketegangan Dengan India

NEW DELHI, 10 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengadakan mesyuarat National Command Authority (NCA) pada Sabtu susulan operasi ketenteraan negara itu terhadap India.

Menurut laporan media tempatan, mesyuarat itu akan menumpukan kepada kesiapsiagaan pertahanan negara dan keupayaan pencegahan strategik, selain menilai perkembangan keselamatan serantau yang kian meruncing.

Ketegangan antara India dan Pakistan mencapai tahap membimbangkan selepas Pakistan melancarkan “Operasi Bunyan-un-Marsoos” sebagai tindak balas terhadap serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama Pakistan, termasuk Pangkalan Udara Nur Khan di Rawalpindi yang terletak berhampiran ibu pejabat tentera di Islamabad.

NCA bertanggungjawab memantau program senjata nuklear dan keselamatan negara Pakistan.

Konflik yang sedang berlangsung ini disifatkan sebagai eskalasi ketenteraan terbesar antara kedua-dua negara dalam beberapa dekad.

Di tengah-tengah gesaan antarabangsa agar ketegangan ditamatkan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio telah menghubungi Ketua Tentera Pakistan Jeneral Asim Munir.

“Setiausaha Negara Marco Rubio bercakap dengan Ketua Tentera Pakistan Asim Munir, pada Jumaat. Beliau menggesa kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian untuk meredakan ketegangan dan menawarkan bantuan AS bagi memulakan rundingan konstruktif untuk mengelakkan konflik berulang,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce, dalam satu kenyataan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pakistan Lancar “Operasi Bunyan-un-Marsoos” Susulan Serangan India Ke Atas Pangkalan Udara