Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Pakistan Lancar operasi india
Gambar: AFP

Pakistan Lancar “Operasi Bunyan-un-Marsoos” Susulan Serangan India Ke Atas Pangkalan Udara

Iqbal Yasir

Pakistan Lancar “Operasi Bunyan-un-Marsoos” Susulan Serangan India Ke Atas Pangkalan Udara

NEW DELHI, 10 Mei (Bernama) — Pakistan pada awal Sabtu mengumumkan telah melancarkan “Operasi Bunyan-un-Marsoos” yang menyasarkan beberapa lokasi di seberang sempadan, susulan serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama negara itu.

Beberapa kawasan di Kashmir yang ditadbir India serta negeri barat laut India dilaporkan menjadi sasaran serangan Pakistan.

Letupan dilaporkan kedengaran di Jammu, Srinagar, Rajouri, Poonch dan Jalandhar, menurut laporan media India.

Agensi berita India ANI melaporkan Pakistan menyasarkan 26 lokasi.

Media Pakistan yang memetik sumber tentera melaporkan negara itu telah memusnahkan tapak simpanan peluru berpandu BrahMos di kawasan Beas serta menyerang pangkalan udara Udhampur dan Pathankot.

Sebelum itu, Pakistan mendakwa India telah melancarkan peluru berpandu ke atas pangkalan udaranya di Noor Khan, Shorkot dan Murid, namun sistem pertahanan udara Pakistan telah “menumpaskan” serangan tersebut.

Tiada korban jiwa atau kerosakan dilaporkan, menurut kenyataan kerajaan.

“India kini perlu bersiap sedia menghadapi tindak balas Pakistan,” menurut kenyataan itu sebelum bermulanya “Operasi Bunyan-un-Marsoos”.

Serangan terkini oleh India dan Pakistan ini mencetuskan peningkatan ketegangan berbahaya dalam situasi ketenteraan yang sudah pun rapuh di Asia Selatan.

BACA: Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong

Sementara itu, gesaan antarabangsa agar konflik dihentikan semakin meningkat.

Menteri luar G7 yang terdiri daripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat serta wakil tinggi Kesatuan Eropah bagi hal ehwal luar pada Jumaat menyatakan kebimbangan terhadap konflik India-Pakistan dan ancaman yang dibawanya kepada kestabilan serantau.

“Kami menggesa agar ketegangan segera diredakan dan menggalakkan kedua-dua negara menjalinkan dialog secara langsung demi mencapai penyelesaian damai. Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan menyatakan sokongan kepada penyelesaian diplomatik yang pantas dan berkekalan,” menurut kenyataan G7 itu.

Menteri Luar Arab Saudi Adel Al Jubeir, berada di Pakistan pada Jumaat bagi membincangkan situasi serantau, sehari selepas mengadakan lawatan ke New Delhi.

“Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Arab Saudi untuk meredakan ketegangan, menamatkan konfrontasi ketenteraan yang sedang berlangsung dan menyelesaikan semua pertikaian melalui dialog serta saluran diplomatik,” menurut Kementerian Luar Arab Saudi.

Sumber: BERNAMA

BACA: Thailand Catat Lebih 41,000 Kes Covid-19, Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan