Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
anak gendong ibu melancong
Kredit: SCMP

Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong

Azizah Najib

Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong

Shanghai – Seorang lelaki meraih perhatian ramai apabila tular gambarnya sedang mengendong ibunya ketika mereka melancong pada cuti Hari Pekerja, lapor South China Morning Post.

Dengan menggunakan kain anduh bayi tradisional China, Chai Wanbin, 51 tahun, dirakam menggendong ibunya, berusia 88 tahun yang lumpuh di belakangnya. Berikutan itu, warga maya memberi gelaran ‘anak yang paling berbakti’ kepada Wanbin.

Pasangan anak-beranak itu dipercayai dalam perjalanan untuk melawati Bandar Purba Huanglongxi di Chengdu.

Menurut lelaki berkenaan, ibunya diserang lumpuh akibat terjatuh pada empat tahun yang lalu. Semenjak itu, ibunya bergerak menggunakan kerusi roda. Kebiasaannya, ibunya tinggal bersama kakaknya namun lelaki berkenaan sering membawa ibunya melancong.

Tambahnya lagi, bagi memudahkan pergerakan, dia menyediakan kerusi roda dan kain anduh berikutan beberapa kawasan yang sukar dilalui.

Video lelaki tersebut tular apabila seorang wanita memuat naik rakaman ibu dan anak itu di media sosial. Mengakui yang dia tidak mengenali Chai, wanita yang dikenali sebagai Yingzi itu tersentuh dengan tindakan lelaki berkenaan.

Kredit: SCMP

Katanya, dia meminta kebenaran Chai bagi mengambil gambar dan video mereka berdua dengan tujuan mendidik kedua anaknya sendiri.

“Lelaki ini sangat berbakti. Saya pasti ini bukan kali pertama dia membawa ibunya di belakangnya untuk melancong.

“Ibu itu merangkul anaknya, kelihatan tenang dan seolah-olah menganggap itulah layanan yang selayaknya diterima,” ujar wanita berkenaan.

Tambahnya, dia memuat naik video tersebut ke internet kerana ingin menyebarkan semangat berbakti lelaki berkenaan.

“Memikul ibu saya di belakang saya adalah perkara yang patut dilakukan oleh seorang anak lelaki dan ia bukan masalah besar,” kata Chai.

Menurutnya, kain anduh yang digunakan merupakan kain yang sama digunakan oleh ibunya untuk menggendong cucu-cucunya.

Walau bagaimanapun, bakti yang ditaburnya sudah mula menunjukkan kesan. Chai pernah menerima rawatan sakit belakang beberapa bulan yang lalu dan turut mengakui, kadang-kala merasa kepenatan. Ibunya juga sering meminta Chai meletakkannya di bawah dan berehat.

“Jika ada kemampuan, saya ingin bawa ibu saya ke tempat-tempat yang jauh dan melihat dunia,” luah lelaki berkenaan.

Sumber: SCMP

BACA: Thailand Catat Lebih 41,000 Kes Covid-19, Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan

BACA: Malaysia Perkukuh Peranan Global Dalam Keselamatan Infrastruktur Pasca-Bencana Di Myanmar