Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Ingatkan Iklan Je’, Ibu Teruja Anak Jadi Pelakon Tambahan Filem Netflix Lakonan Mark Wahlberg

WAHLBERG
Kredit: Threads/ @atiqa.ramli

‘Ingatkan Iklan Je’, Ibu Teruja Anak Jadi Pelakon Tambahan Filem Netflix Lakonan Mark Wahlberg

Kehadiran bintang Hollywood, Mark Wahlberg di Pulau Pinang bukan sahaja mengujakan peminat filem, malah turut mencipta kenangan manis buat seorang ibu apabila anaknya berpeluang menjadi pelakon tambahan dalam filem Netflix yang sedang menjalani penggambaran di negeri itu.

Perkongsian tersebut dibuat oleh pengguna Threads, @atiqa.ramli, yang mengakui tidak menyangka anaknya akan terlibat dalam produksi antarabangsa itu.

"Kecoh hari ni eh Mark Wahlberg datang Penang. Tak tahulah kebetulan atau apa, tapi esok anak aku shooting filem Hollywood juga, jadi extra kanak-kanak watak sebagai pemain bola sekolah.

"Berlakon dekat Padang Macallum, Penang. Adakah movie yang sama? Hahahaha esok kita tengok," katanya dalam satu hantaran di Threads malam tadi.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, @haqkym, berkata filem yang sedang menjalani penggambaran itu dipercayai ialah The Big Fix terbitan Netflix.

Menurutnya, filem tersebut bukan sahaja dibintangi Mark Wahlberg, malah turut menampilkan pelakon terkenal, Riz Ahmed.

"Mark Wahlberg tengah shooting filem The Big Fix kat Penang sekarang ni.

"Lagi gempak, Riz Ahmed pun ada sekali berlakon dalam movie ni. Cerita dia basically pasal skandal rasuah FIFA, isu atur perlawanan (match-fixing), gangsterisme dengan sindiket judi haram dalam dunia bola sepak," ujarnya.

Sementara itu, @atiqa.ramli turut berkongsi bahawa pada awalnya dia menyangka anaknya hanya terlibat dalam penggambaran iklan sebelum mengetahui produksi tersebut sebenarnya sebuah filem Netflix.

"Dia maluuu bila kita cerita masuk Netflix tau nanti. Maknya asal fikir berlakon commercial iklan minuman ke apa ke gitu je lah awalnya, tak sangka pulak," katanya lagi.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut menumpang gembira dengan peluang berkenaan.

"Tahniah sis, anak dah jadi pelakon Hollywood. Boleh berlagak dengan saudara-mara lepas ni. Hahaha," kata @nurizzatikhashim.

Seorang lagi pengguna, @shilaibrahim, pula berseloroh mengenai pengalaman yang bakal menjadi kenangan manis buat kanak-kanak tersebut.

"Masuk resume nanti dik. BTW pukul berapa esok tu," katanya.

Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan kehadiran Mark Wahlberg di George Town, Pulau Pinang menjadi perhatian ramai selepas beberapa rakaman video tular memaparkan pelakon Hollywood berusia 55 tahun itu menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar bandar warisan berkenaan.

Setakat ini, pihak produksi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran penuh penggambaran filem tersebut, namun perkongsian orang ramai di media sosial terus mencetuskan keterujaan apabila Pulau Pinang sekali lagi dipilih sebagai lokasi penggambaran produksi bertaraf antarabangsa.