Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak "Report" Accident Dalam Group Family, Respon Ibu Pula Jadi Tumpuan

respon ibu
Kredit: Threads @fanisarazak

Anak "Report" Accident Dalam Group Family, Respon Ibu Pula Jadi Tumpuan

Sebagai anak, lebih-lebih lagi anak perempuan yang mungkin masih bujang, boleh dikatakan hampir semua perkara pasti akan dikongsi dengan ibu bapa.

Nak keluar rumah, beritahu. Sampai destinasi, beritahu. Balik kerja lewat pun kena maklumkan. Kalau tiba-tiba tayar pancit, kereta rosak atau berlaku kemalangan kecil, ibu bapa jugalah insan pertama yang akan kita hubungi.

Mana tidaknya, merekalah tempat bergantung harap. Tak kira siang atau malam, mereka datang sepantas kilat, tanpa banyak soal.

Tapi, lain pula kisah seorang wanita yang tular baru-baru ini.

"Sent report kat family accident balik kerja..."

Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencuit hati.

Wanita itu memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia terbabit dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Bersama perkongsian itu, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan dalam kumpulan WhatsApp keluarga yang memaparkan reaksinya selepas memaklumkan kejadian tersebut.

"Mak boleh buat lawak..."

Ramai mungkin menyangka si ibu akan panik. Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Si ibu berseloroh menyakat anaknya.

Kredit: Threads @fanisarazak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka turut terhibur membaca balasan si ibu.

"Valid soalan mak tu."

"Siap cium bagai... mak pun peliklah..."

"Biasanya mak-mak paling terkejut bab macam ni. Yang ni sempat lagi melawak."

"Jejak Kasih pun janganlah tengah jalan..."

Walaupun kedengaran lucu, ramai berpendapat mungkin itulah cara seorang ibu cuba menenangkan keadaan.

Selepas memastikan anaknya masih mampu menghantar mesej dalam kumpulan keluarga, sedikit gurauan mungkin boleh mengurangkan rasa panik dan memberi isyarat bahawa semuanya masih dalam keadaan terkawal.

Bagi sesetengah keluarga, bergurau ketika berdepan situasi mencemaskan bukan bermaksud tidak mengambil berat.

Sebaliknya, ia menjadi cara mereka mengurangkan tekanan sebelum berbincang tentang apa yang perlu dilakukan selepas itu.