Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Minta Izin Bercuti, Sekali Jawapan E-mel Ayah Buat Ramai Terhibur
Sebagai anak, lagi-lagi anak perempuan yang masih bujang, nak keluar jalan-jalan mestilah kena minta izin atau sekurang-kurangnya beritahu ibu bapa dulu.
Lebih-lebih lagi kalau melibatkan "big boss" dalam rumah, iaitu ayah. Mana taknya, kalau tiba-tiba kereta rosak, tayar pancit atau berlaku apa-apa perkara yang tak diingini, ayahlah orang pertama yang kita harapkan datang sepantas kilat, tanpa banyak soal.
Sebab itu, kebanyakan anak pasti akan menghantar mesej ringkas atau telefon ayah untuk minta izin. Tapi, lain pula kisah seorang wanita yang tular baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @nvtyrh, wanita itu berkongsi cara uniknya meminta izin daripada bapanya untuk bercuti sehari ke Mersing.
Daripada menghantar mesej biasa, dia memilih untuk menghantar e-mel lengkap menggunakan bahasa yang cukup formal.
Sekali tengok, memang nampak macam surat rasmi syarikat. Siap ada tajuk, tujuan permohonan dan lampiran.



Yang paling mencuit hati, e-mel itu bukan dibuat ala kadar. Sebaliknya, wanita itu menyediakan hampir semua maklumat yang mungkin akan ditanya oleh seorang ayah.
Kalau ingat e-mel si anak dah cukup kelakar, tunggu sampai baca balasan si ayah. Bukan biasa-biasa, si ayah pun memilih untuk tak nak kalah.
Walaupun permohonan itu diluluskan, "Pejabat Tertinggi Papa" tetap menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Tak dilupakan, si ayah juga tidak meminggirkan "Kementerian Kewangan & Hal Ehwal Dalam Negeri (Mama)" dalam permohonan kelulusan itu.




Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui mereka terhibur melihat cara dua beranak ini berkomunikasi.
Ada yang bergurau selepas ini mereka pun nak cuba hantar e-mel kepada ibu bapa kalau nak keluar berjalan.
Tidak kurang juga yang memuji si ayah kerana sanggup melayan idea kreatif anaknya, sekali gus menunjukkan hubungan mereka yang sangat rapat dan sporting.
Ramai juga berpendapat, gurauan kecil seperti inilah yang sebenarnya membuatkan hubungan kekeluargaan menjadi lebih erat.