Siakap Keli
ibu gajah setia anak mati
Kredit: Mahadzir Abdul Hamid/TikTok

Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak 

Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak 

Sudah menjadi fitrah alam, kasih seorang ibu itu tiada bandingannya. Ia adalah anugerah terindah yang dikurniakan Tuhan, hadir dalam pelbagai rupa dan bentuk.

Tak kira manusia atau haiwan, cinta seorang ibu tetap teguh, rela berkorban demi melindungi dan membesarkan anak dengan sepenuh jiwa.

Baru-baru ini, dunia maya tersentuh dengan rakaman tular yang mengharukan, memaparkan betapa hebatnya cinta “ibu”. Tanpa diduga, kisah ini menyentap hati jutaan orang.

Ibu gajah temani jasad anak tak bernyawa

Kejadian memilukan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Menurut laporan, seekor anak gajah telah dilanggar oleh sebuah lori dan terperangkap di bawah kenderaan tersebut hingga meragut nyawanya.

Namun, yang lebih mengundang sebak adalah reaksi si ibu gajah.

Rakaman yang tular di TikTok dan Facebook memperlihatkan si ibu berdiri kaku di sisi lori, enggan berganjak walau seinci.

Dalam satu klip video, dia dilihat meletakkan kepalanya pada sisi lori tersebut, seolah-olah sedang meratapi kehilangan anak yang amat dikasihinya.

Dia hanya berdiri di situ, tidak berganjak, seolah-olah masih menanti anaknya bangun semula.

@bdx_demox

Lori langgar anak gajah ..si ibu still mengharap anak tu hdup setia menunggu😔🥹 #fy #yourpage #fypage #fypシ゚

♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

@rusydianuwi

Aku otw balik kelantan tadi .. Gajah digilis lori.. kesian dia 🥹 .. mungkin lori pun tak sengaja (Jalan Gerik – Jeli) #gajah #jeli #gerik #fyp #lori #kemalangan #excident

♬ original sound – rusydianuwi – rusydianuwi

“Allahu, di saat hari ibu…”

Gelagat ibu gajah itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata meluahkan rasa simpati dan sebak melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh haiwan ini.

“Dia tak hirau dah kenderaan, fokus kat anak ja. Binatang pun kadang-kadang berakal dan ada perasaan,”

“Gajah 22 bulan mengandung, hampir dua tahun untuk dapat satu anak. Mesti dia tunggu, harap anak dia bangun,”

“Ada orang kata, ibu gajah tu cuba tolak lori sambil ada air mata,”

“Tengok si ibu ni muda. Mungkin anak pertama. Sedihnya,”

“Kesian ya padahal diorang selalu takut dengan bunyi dan lampu kenderaan tapi sebab anak ada dekat situ jadi dia pun tunggu ja,”

Ramai juga yang tidak dapat menahan sebak atas kejadian yang tular pada Hari Ibu ini.

“Allah hantar ibu gajah ni sebagai teguran untuk kita di mana betapa “kasihnya” makhluk bergelar “ibu”di kala hari ini merupakan hari ibu,”

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan bahawa ibu gajah itu tidak beranjak daripada tempat kejadian hampir lima jam.

Selain itu, ia terpaksa dibius sebelum ditarik semula ke dalam hutan.

BACA: Kafe Di Dubai Tarik Perhatian, Beri Peluang Golongan Sindrom Down Bekerja

BACA: Bront Palarae Dinobatkan Pelakon Pembantu Terbaik Di Anugerah Thailand

BACA: Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik

Sumber: Qaleesya Empire, @rusydianuwi via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.