Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
pbb beri amaran
Kredit: OMAR AL-QATTAA/AFP

PBB Beri Amaran 2.1 Juta Penduduk Gaza Berhadapan Kebuluran Akibat Sekatan

Sofea

PBB Beri Amaran 2.1 Juta Penduduk Gaza Berhadapan Kebuluran Akibat Sekatan

NEW YORK, 12 Mei (Bernama) — Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga.

Sementara itu, Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) melaporkan bahawa bantuan dan bekalan kemanusiaan tidak lagi memasuki Gaza sejak 2 Mac, selepas pihak berkuasa Israel mengenakan kepungan.

BACA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

Akibatnya, bekalan asas kemanusiaan seperti makanan, bahan api, bantuan perubatan dan vaksin kanak-kanak semakin kehabisan dengan bekalan tepung dan pek makanan UNRWA telah kehabisan manakala lebih satu pertiga daripada bekalan perubatan penting juga telah kehabisan stok.

“Keadaan ini memberi kesan yang amat dahsyat kepada penduduk, khususnya golongan rentan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas,” kata UNRWA.

Agensi itu memberi amaran bahawa sekatan berterusan akan membawa kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan kepada ribuan nyawa, sambil menambah bahawa ribuan trak bantuan kini bersedia untuk memasuki Gaza dan pasukannya di lapangan telah bersiap sedia untuk meningkatkan operasi sebaik sahaja akses dibenarkan.

Sumber: BERNAMA-WAM