Wanita Malaysia Kongsi Pengalaman “Shooting” Filem Thunderbolts
Malaysia sememangnya tidak asing lagi dalam dunia perfileman antarabangsa dan sering menjadi lokasi pilihan bagi penggambaran filem-filem luar negara.
Dahulu, kita biasa melihat lorong-lorong dan jalan-jalan di Kuala Lumpur (KL) muncul dalam filem dari Hong Kong dan China.
Malah, filem Hollywood seperti Mission Impossible juga pernah menjadikan ibu negara sebagai lokasi penggambaran utama.
Kini, KL sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila muncul dalam filem terbaru Marvel Studios bertajuk Thunderbolts.
Berita gembira ini mula menarik perhatian warga maya selepas dikongsikan menerusi akaun platform X, Thunderbolts News pada 24 Jun lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan aktres popular Hollywood, Florence Pugh, turut terlibat dalam beberapa babak penggambaran di sekitar KL.
Salah satu babak yang menjadi tular ialah aksi terjunan lagak ngeri Florence Pugh dari Merdeka 118, menara kedua tertinggi di dunia.
Selain itu, babak letupan besar di sebuah bangunan di Malaysia turut mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.
“Tu letupan betul ye. Reaction tu pun betul-betul. Saya antara saksi yang paling kuat jerit kat situ”
Di sebalik kegemilangan filem tersebut, muncul pula kisah menarik seorang wanita tempatan yang berjaya mencuri perhatian ramai.
Rupa-rupanya, wanita itu adalah salah seorang pelakon ekstra dalam filem Thunderbolts.
Menerusi akaun TikTok miliknya, @masniza.manan2, wanita itu berkongsi tangkap layar notifikasi yang diterimanya.
Notifikasi tersebut memaklumkan bahawa beliau terpilih sebagai pelakon latar selepas menghadiri sesi uji bakat bersama lebih 600 orang peserta lain.
“Terpilih di antara 600 orang yang pergi casting jadi ‘background actors’ untuk Thunderbolts ni, memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata yang tepat.
“Mungkin tak ramai yang faham perasaan ni betapa rasa terharu dapat terlibat dalam scene ni walau korang tak nampak muka saya dalam skrin.
“Rasa macam tak percaya pun ye bila dapat tengok Florence Pugh duk lalu-lalang depan mata beberapa inci je masa rehearsal scene ni.
“Terima kasih Unit Malaysia yang realisasikan penggambaran Thunderbolts ni.
“Suatu pengalaman amat berharga dapat bekerjasama dengan production filem antarabangsa dan dorang sangat profesional,” kongsinya.
@masniza.manan2 Tu letupan betul yer. Reaction tu pun betul². Saya antara saksi yang paling kuat jerit kat situ 😌… #thunderbolts #marvel #malaysia
♬ original sound – Masniza Manan Official – Masniza Manan Official
Ramai teruja, tanya macam-macam dalam komen
Perkongsian itu yang kini telah mencecah lebih 90,000 tontonan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
“Peh… dalam resume boleh tulis pernah berlakon cerita Hollywood,”
“Macam mana rasa bernafas ruang yang sama dengan Florence Pugh?”
“Lepas tengok cerita ni sumpah bangga banyak kali dia mention pasal Malaysia siap borak pasal Merdeka tower,”
Dalam pada itu, rata-rata warga maya juga tertanya-tanya bagaimana beliau boleh terpilih dan berapa bayaran yang diterima.
“Akak freelance talent dan dorang memang ada buat uji bakat, jadi akak apply, pergi uji bakat dan terpilih,” jawabnya ringkas.
Sementara itu, soal bayaran pula, beliau menjelaskan bahawa tidak boleh berkongsi maklumat terperinci kerana terikat dengan kontrak produksi.
Namun begitu, beliau memberi bayangan bahawa bayaran diterima adalah ‘lumayan’.
Untuk info, Thunderbolts adalah sebuah filem yang diarahkan oleh Jake Schreier.
Selain Florence, filem tersebut turut dibintangi oleh Harrison Ford, Rachel Weisz, David Harbour dan Sebastian Stan sebagai teraju utama.
Thunderbolts menjadi filem ke-36 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan telah ditayangkan pada 2 Mei 2025.
BACA: Berduet Bersama Siti Nurhaliza, Amad Sekali Lagi Tuai Pujian
BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak
BACA: Ibu Gajah Dipercayai Kembali Ke Lokasi Kejadian
Sumber: Masniza Manan Official/TikTok