Siakap Keli
Amorim Malu Prestasi Manchester United
Gambar: AFP

Amorim Akui Malu Dengan Prestasi Semasa Manchester United

Amorim Akui Malu Dengan Prestasi Semasa Manchester United

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mengakui bahawa kedudukannya kini dalam ‘bahaya’.

Pasukannya tewas 2-0 kepada West Ham di Old Trafford pada Ahad, sekali gus mencatatkan kekalahan ke-17 mereka dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Amorim meluahkan rasa malu terhadap prestasi semasa United.

Beliau turut mengkritik sikap para pemain dan mempersoalkan sama ada dirinya masih individu yang sesuai untuk mengubah nasib kelab itu.

Untuk info, United kini berada di tangga ke-16 liga dan berdepan risiko mencatatkan kedudukan terburuk sejak mereka diturunkan ke Divisyen Dua pada 1974.

“Sebagai pengurus Manchester United, apa lagi yang saya boleh rasa dalam situasi ini? Sudah tentu rasa malu. Sukar untuk diterima.

“Kebimbangan terbesar saya sekarang adalah apabila timbul perasaan bahawa semua ini masih boleh diterima. Itu masalah paling besar di kelab kita ketika ini. Kita seolah-olah lupa bahawa ini adalah kelab besar, dan kekalahan di laman sendiri patut dirasai seperti satu bencana.

“Saya tak mahu guna istilah ‘budaya’, tapi ia adalah satu perasaan, dan perasaan ini sangat bahaya dalam sesebuah kelab besar. Saya sendiri rasa tiada rasa tergesa-gesa atau keinginan untuk berubah. Itu sangat membimbangkan,” kata Amorim.

BACA: Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia Cipta Sejarah Juara Kuadran

Sejak dilantik sebagai ketua jurulatih pada November lalu, Amorim hanya berjaya membawa United memenangi enam perlawanan Liga Perdana.

Walaupun beliau berjaya membawa pasukan ke final Liga Europa, prestasi domestik kekal hambar.

Kontrak Amorim bersama United masih berbaki hingga 2027, namun beliau memberi bayangan bahawa masanya di kelab mungkin tidak panjang jika situasi tidak berubah segera.

“Saya tak mahu menyalahkan pemain. Saya bercakap tentang diri saya, tentang budaya kelab dan budaya dalam pasukan.

“Kita perlu berani membuat perubahan besar pada musim panas ini. Kita tidak boleh mulakan musim depan seperti ini lagi. Jika perasaan lemah ini masih ada, maka lebih baik beri ruang kepada orang lain,” tambahnya lagi.

BACA: Hakim Danish Bangkit Dari Kemalangan, Gah Di Podium Le Mans

United dijadual menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana pada Jumaat, sebelum bertemu Tottenham dalam final Liga Europa pada 21 Mei di Bilbao.

Walaupun perlawanan itu bakal menentukan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, Amorim menyatakan bahawa itu bukan isu utama yang perlu difikirkan.

“Saya tidak risau tentang final itu, kerana ia sebenarnya masalah paling kecil dalam kelab ini.

“Kita perlukan perubahan menyeluruh. Prestasi akhir musim ini jelas menunjukkan bahawa bermain dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara masih terlalu jauh untuk kita capai. Kita perlu sedar hakikat itu.

“Saya sendiri tidak pasti apa yang terbaik untuk kelab ini, layak ke Liga Juara-Juara atau tidak. Buat masa sekarang, lebih baik kita fokus kepada perlawanan menentang Chelsea dan perbaiki banyak perkara,” katanya.

BACA: Legenda Gusti, Sabu Meninggal Dunia

Sumber: ESPN

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.