Siakap Keli
video anggota fru
Kredit: Namrun Channel

Anggota FRU Terlibat Nahas Dipercayai Sempat Muat Naik Video Terakhir Bersama Pasukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anggota FRU Terlibat Nahas Dipercayai Sempat Muat Naik Video Terakhir Bersama Pasukan

Negara digemparkan dengan berita pilu kemalangan ngeri yang mengorbankan sembilan anggota Unit 5 Ipoh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM). Nahas yang membabitkan pertembungan antara lori FRU dengan lori muatan batu itu berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Dipercayai berpunca daripada stereng lori muatan batu yang gagal berfungsi, siasatan awal juga mendapati pemandu lori tersebut negatif dadah.

Kesedihan menyelubungi seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila tular di laman TikTok video salah seorang anggota yang dipercayai terlibat kemalangan, Wafi, sempat berkongsi momen-momen terakhir bersama pasukannya.

Menerusi muat naik yang dikongsi semula oleh Namrun Channel, trak FRU dipenuhi kira-kira 13 orang anggota. Namun begitu, rakaman tersebut merupakan rakaman perjalanan ketika mereka menuju ke Teluk Intan.

Berikutan itu, tidak dapat dipastikan sama ada kesemua anggota yang dirakam turut terlibat dalam nahas tersebut.

@namrunchannel

Salam Takziah kepada keluarga anggota yang terlibat 🥺🤲🏻 #FRU #Unit5

♬ original sound – Abam_JiwangkapaK – Abam_JiwangkapaK

Video berdurasi 33 saat itu mendapat perhatian warga maya yang turut mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan buat anggota FRU terlibat nahas.

“Ya Allah, ampunilah, rahmati, muliakan kematian, permudahkan segala urusannya, lapangkan kubur, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka. Berilah kesabaran kepada ahli keluarga. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” titip seorang warga maya.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihi wa’fu anhum. Seluruh rakyat Malaysia turut berduka,” titip seorang lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota FRU yang terlibat. Mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau menzahirkan simpati atas kejadian yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin memaklumkan kesemua jenazah anggota FRU bakal menerima penghormatan terakhir di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.

Sumber: Namrun Channel

BACA: Kemalangan Lori FRU: Jumlah Mangsa Maut Meningkat Kepada Sembilan, Semua Anggota FRU

BACA: Kemalangan FRU: Masalah Stereng Lori Batu Dipercayai Punca Insiden

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.