Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gajah miliki keupayaan spatial
Kredit: Bernama

Gajah Miliki Keupayaan “Spatial”, Mampu Ingat Kawasan, Peristiwa

Sofea

Gajah Miliki Keupayaan “Spatial”, Mampu Ingat Kawasan, Peristiwa

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Gajah merupakan haiwan yang menakjubkan kerana mempunyai keupayaan spatial (ruangan) termasuk boleh mengingati sesuatu kawasan, walaupun telah melaluinya untuk tempoh lama.

Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Jamhuri Jamaluddin berkata dengan keupayaan berkenaan, gajah boleh mengingati jalan yang dilaluinya meskipun haiwan itu dipindahkan ke suatu kawasan lain yang lebih jauh.

Sehubungan dengan itu, beliau yang kini melakukan penyelidikan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertajuk “Pemantauan Pergerakaan dan Analisis Gajah”, tidak menolak kemungkinan ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori di Gerik, Perak pada Ahad lepas boleh kembali ke lokasi kejadian.

“Gajah mempunyai spatial memory termasuk boleh mengingati kawasan dan faham konsep kematian. Ia boleh kunci kawasan itu dan boleh kembali untuk melawat. Itulah kelebihan naluri gajah dan sains pun belum dapat buktikan bagaimana ia boleh mengingati,” katanya kepada Bernama hari ini.

Selain itu, Jamhuri berkata gajah ialah haiwan mamalia yang mempamerkan tingkah laku sosial mengagumkan dengan membina hubungan emosional yang kuat bersama ahli kumpulan.

BACA: Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas

“Kecerdasan emosi gajah bukan mitos kerana haiwan ini faham konsep kematian dan tahu keberadaan ahli keluarga yang mati, dan kadangkala haiwan itu kembali ke tempat sama walaupun yang tinggal cuma rangka,” katanya.

Beliau berkata hubungan dalam kalangan gajah bukan sekadar biologi, tetapi bersifat sosial dan emosi sehinggakan ibu gajah akan menjaga anak selama bertahun-tahun.

Pada Ahad, tular di media sosial seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) Gerik–Jeli.

Kejadian yang berlaku pada sambutan hari ibu meruntun jiwa rakyat Malaysia kerana ibu gajah berusaha untuk membawa keluar anaknya yang tersepit di bawah lori dan setia menunggu di situ selain dilihat mengalirkan air mata meratapi nasib anaknya.

Sumber: BERNAMA