Siakap Keli
28 terkorban
Kredit: AFP

Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban

Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban

Sekurang-kurangnya 28 orang dilaporkan terbunuh akibat serangan Israel yang disasarkan di sekitar hospital Eropah di Khan Younis pada Selasa. Angka kematian itu disahkan oleh Agensi Pertahanan Awam Gaza .

Memetik laporan AFP, serangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan tentera akan memasuki Gaza ‘dengan kekuatan penuh’ dalam beberapa hari akan datang.

Rakaman AFPTV menunjukkan kawah besar terhasil di atas tanah dan retakan berlaku di halaman luar hospital. Sebuah bas yang rosak juga telah terperangkap dalam salah satu kawah terbabit.

“Semua orang di dalam hospital termasuk pesakit berlari ketakutan, ada yang bertongkat manakala yang lain menjerit memanggil anak mereka dan ada yang diseret di atas katil,” kata wartawan foto tempatan, Amro Tabash ketika memberitahu AFP.

Sebelum ini, tentera Israel berkata mereka telah menyerang Hamas di dalam ‘pusat arahan dan kawalan’ di sebuah lagi hospital di Khan Younis iaitu Hospital Nasser.

BACA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

Kementerian Kesihatan Gaza berkata serangan itu membunuh dua orang  dan salah seorang yang maut ialah wartawan, Hassan Aslih.

Dalam pada itu, Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan bagi mencegah serangan di Gaza.

“Adakah anda akan bertindak dengan tegas untuk memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dihormati?,” katanya kepada duta PBB di New York.

Israel telah meneruskan operasi besar-besaran di seluruh Gaza pada 18 Mac ketika pelbagai pihak menggesa mereka melakukan gencatan senjata.

Israel juga berkata bahawa pengeboman yang dilakukan bertujuan untuk memaksa Hamas membebaskan tebusan.

Sumber: AFP

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.