Ribut: 13 Rumah, 4 Kedai Rosak Di Hulu Langat
Kira-kira 13 buah rumah dan empat buah kedai dilaporkan mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda beberapa kawasan di Hulu Langat, lewat petang semalam.
Ketua Kampung Batu 16, Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain memaklumkan bahawa ribut tersebut berlaku sekitar jam 6 petang.
Menurut beliau, enam buah rumah rosak di Kampung Batu 16, Dusun Tua dan Kampung Kenanga.
“Di Taman Desa Sentosa dua rumah terbabit, tiga rumah di Kampung Bukit Kundang manakala di Kampung Tengah dua rumah dan empat kedai mengalami kerosakan.
“Sementara itu, sebanyak 10 batang pokok tumbang dalam kejadian ribut petang tadi,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penduduk yang terjejas kini menumpang sementara di rumah jiran masing-masing.
“Kita sedang membuat bancian bagi mengetahui jumlah sebenar mangsa yang terjejas,” katanya.
BACA: UNFF20: Malaysia Galas Peranan ASEAN Dalam Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
BACA: Pengubahan Wang Haram Dan Rasuah, Tiga Pegawai Bank Ditahan
BACA: Tiada Kecuaian Dalam Kemalangan Anak Gajah – Polis
Sumber: Berita RTM