Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah. Manakala seluruh kawasan di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara di Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
“Beralih ke kawasan Sarawak, daerah yang terlibat adalah Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0ygZupC7mxPDhgqfeCXCivLLihtsV4Jz5a9mmVB6HjVqZhG62jCUV4PhLGuPvyeJAl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia