Siakap Keli
Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Merasmikan ATLAS ECOPOD dalam Majlis Rekod Dunia Guinness
Kiri ke Kanan: Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika; Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia; Sonia Ushirogochi, Pegawai Penilai Rasmi Guinness World Records.

Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Merasmikan ATLAS ECOPOD dalam Majlis Rekod Dunia Guinness

Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Merasmikan ATLAS ECOPOD dalam Majlis Rekod Dunia Guinness

Putrajaya, 8 MEI 2025 – ATLAS Vending, peneraju terkemuka mesin layan diri di Malaysia, telah mencatat pencapaian bersejarah apabila berjaya meraih pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) bagi kategori ‘Mesin Layan Diri Kitar Semula Ternipis dengan Sistem Pemadat’. Majlis pelancaran ini telah berlangsung di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan kehadiran pegawai rasmi
Guinness World Records yang mengesahkan pencapaian luar biasa ini.

Majlis pelancaran ini berlangsung di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dirasmikan oleh Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, bersama Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika, serta Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika. Turut hadir sama ialah pemegang saham utama, rakan industri, dan media yang menyaksikan komitmen ATLAS Vending dalam menerajui inovasi lestari.

ATLAS ECOPOD ialah mesin layan diri kitar semula yang direka untuk mengumpulkan botol PET dan tin aluminium, berteraskan prinsip kecekapan, ketepatan dan teknologi mesra pengguna. Reka bentuknya yang ultra-nipis menjadikannya amat sesuai untuk persekitaran bandar moden serta kawasan awam bertrafik tinggi. ATLAS ECOPOD yang dikuasakan oleh sistem AI, mampu mengimbas, mengasing dan memberikan ganjaran dalam bentuk mata penebusan kepada pengguna yang mengitar semula.

Kiri ke Kanan: Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika; Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia; Sonia Ushirogochi, Pegawai Penilai Rasmi Guinness World Records.

ATLAS ECOPOD menyertai rangkaian inovasi berteraskan kelestarian yang telah diperkenalkan oleh ATLAS Vending sebelum ini. Ini termasuklah inisiatif yang menekankan aksesibiliti dan keterangkuman, seperti pengenalan kepada mesin layan diri dengan ciri Penterjemah Braille untuk golongan cacat penglihatan dan reka bentuk mesra pengguna untuk yang berkerusi roda. Selain itu, ATLAS Vending juga komited terhadap tanggungjawab sosial melalui “Kempen Penyegar Dahaga RM1” bersama Kementerian Ekonomi, yang menyediakan akses kepada minuman mampu milik, serta kerjasama dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Vinda Malaysia untuk menangani isu kemiskinan haid menerusi sistem kad akses yang membolehkan pengguna mendapatkan tuala wanita secara percuma dalam suasana yang tertutup dan bermaruah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika, Santharuban Thurai Sundaram, berkata: “Pelancaran ATLAS ECOPOD ini mencerminkan komitmen ATLAS Vending terhadap inovasi lestari. Mesin ini bukan sekadar penyelesaian kitar semula, tetapi ia adalah satu platform yang dapat mengubah sikap pengguna dan membentuk kesedaran jangka panjang dalam usaha melindungi alam sekitar di Malaysia.”

Beliau turut berkata: “Kami amat menghargai kehadiran YB Nik Nazmi serta sokongan pihak kementerian dalam inisiatif ini. Ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi juga satu penghormatan yang besar bagi kami untuk turut serta dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia lebih hijau. Kami akan terus komited dalam menerapkan amalan kelestarian yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Dari kiri ke kanan: Amy Gan, Naib Presiden, Pemasaran Etika.; Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika; Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia; Kalithasan Sothinathan, Pengurus Pemasaran, Etika; Mohd Zurairi Mustafa, Pengurus Kanan, Perhubungan Kerajaan, Etika

Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad turut memuji sumbangan ATLAS Vending dalam menyokong usaha kelestarian negara: “Kejayaan ini bukan hanya satu pencapaian korporat. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif nasional dalam mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi hijau, sejajar dengan komitmen Malaysia di bawah Malaysia MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Dasar Ekonomi Kitaran Negara, serta menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Nik Nazmi bin Nik Ahmad, mencuba ciri penebusan mata ganjaran ATLAS ECOPOD pada mesin layan diri ATLAS.

Pelancaran ATLAS ECOPOD ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 serta Matlamat Pembangunan Mampan PBB (SDG), sekali gus mengukuhkan komitmen ATLAS Vending dalam mengintegrasikan tanggungjawab alam sekitar berteraskan inovasi teknologi.

ATLAS ECOPOD memperkukuh lagi pengiktirafan yang diterimanya melalui gabungan reka bentuk ultra-nipis dengan ciri kelestarian yang menyeluruh. Ia sesuai
ditempatkan di pelbagai lokasi, termasuk kawasan bandar yang padat dan bertrafik tinggi. Mesin ini berupaya menerima dan memadatkan botol PET serta tin aluminium dengan cekap melalui sistem pemadat mekanikal dalaman yang membantu memaksimumkan kapasiti penyimpanan. Ciri keselamatan juga turut diberi perhatian, dengan sensor dibina di dalam mesin untuk melindungi pengguna. Teknologi AI pintar yang digunakan, membolehkan pembekal memantau dalam masa nyata, manakala fungsi pengimbas kod bar membolehkan pengecaman jenama dengan tepat untuk memberikan ganjaran kepada pengguna yang mengitar semula produk minuman ETIKA. Mata ganjaran ini boleh ditebus di semua mesin layan diri yang mempunyai Ecopod di sebelahnya.

ATLAS ECOPOD kini melangkah ke fasa pelaksanaan dengan 100 unit pertama bakal dilancarkan oleh Kumpulan Etika. Dalam fasa awal ini, pengguna yang mengitar semula produk Etika akan menerima mata ganjaran tambahan, sekali gus memupuk tabiat pembelian harian dengan amalan lestari.

ATLAS Vending turut mengalu-alukan penyertaan rakan korporat, pemilik bangunan, pemaju dan institusi awam untuk bersama-sama menjayakan gerakan kitar semula berskala nasional ini. Inisiatif ini menawarkan penyelesaian lestari yang cekap ruang, mudah diselenggara dan mampu mengekalkan prestasi serta keselesaan pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS Vending dan ATLAS ECOPOD, sila layari
https://www.atlasasia.co.

#ATLASecopod #RekodDuniaGuinness #ReverseVendingMachine

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.