Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Cara Berkesan Perangkap Lalat, Tak Sampai 5 Minit Dah Penuh
Musim panas sudah bermula. Ketika ini, pelbagai jenis serangga bergerak aktif terutamanya lalat. Kehadiran serangga ini tidak hanya menjengkelkan, malah boleh menyebabkan keracunan makanan dan penyebaran penyakit terhadap penghuni rumah.
Kehadiran lalat di dapur dan ruang makan boleh menyebabkan berlaku pencemaran silang pada makanan selain mengganggu keselesaan penghuni. Walaupun kini pelbagai produk pembasmi lalat dijual di pasaran, namun masih ramai yang mencari alternatif lebih selamat dan semula jadi.
Tahukah anda, dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah seperti cuka, minyak zaitun dan syampu, anda boleh menghasilkan sendiri perangkap lalat? Campuran ini tidak hanya menjimatkan perbelanjaan anda, malah bebas bahan kimia berbahaya.
Bagi mengatasi masalah serangga yang menghurung tanpa dapat dibendung ini, SK kongsikan bersama pembaca petua mudah daripada seorang pengguna Facebook, Akmal Azemi. Cara yang ringkas, kos rendah dan petua yang menjadi pasti membuatkan anda puas hati. Ikuti perkongsiannya di bawah.
BACA: “Boleh Masak Laksa,” Unik, Jambangan Bunga Kantan Jadi Hadiah Hari Guru
Petua ini hanya memerlukan setengah cawan cuka, setengah cawan minyak zaitun dan setengah cawan syampu. Menurutnya, anda boleh juga menggantikan minyak zaitun dengan apa sahaja minyak sayuran yang lain.

Sediakan mangkuk yang bersesuaian untuk anda letak di tempat yang menjadi sasaran serangga-serangga ini, terutamanya lalat. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan kacau sedikit. Kemudian, anda boleh letakkan mangkuk tersebut di tempat yang diinginkan.
Biarkan saja campuran perangkap ini selama beberapa jam atau sehingga anda berpuas hati melihat jumlah serangga yang terperangkap. Jika sudah penuh, gantikan saja dengan campuran yang baru. Anda boleh mengulang semula petua perangkap lalat ini sehingga anda puas hati.
Selamat mencuba.
Sumber: Akmal Azemi
BACA: Isu Lelaki Pakai Jeans Saiz 32 Berisiko Meninggal Awal, Menteri Indonesia Beri Penjelasan
BACA: Wanita Daki Gunung Kinabalu, Kenang Pemergian Adik Dalam Tragedi Gempa 2015