Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
USA jurulatih sebab malaysia
Gambar: USA Sepak Takraw By Coach Jer

Jurulatih Sepak Takraw USA Kongsi Sebab Malaysia Jadi Juara

Iqbal Yasir

Jurulatih Sepak Takraw USA Kongsi Sebab Malaysia Jadi Juara

Semalam pasukan sepak takraw kebangsaan berjaya menundukkan musuh tradisi Thailand 2-0 pada final acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa.

Kejayaan trio negara itu mendapat perhatian ramai, khususnya peminat sukan takraw tanah air.

Dalam masa yang sama, Jurulatih Sepak Takraw USA, Jeremy Mirken turut memberikan sebabnya dalam perlawanan antara kedua-dua negara itu.

Saya Jangkakan Malaysia Mampu Benam Raja Sepak Takraw – Jeremy

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Jeremy berkongsi analisis tentang kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasukan.

Menurutnya, Malaysia memiliki kelebihan taktikal dan mentaliti berpasukan yang lebih mantap berbanding seteru tradisi itu, meskipun di atas kertas ramai beranggapan Thailand mampu menang.

Sebab Malaysia Menang

Antara faktor kemenangan pasukan negara ialah gandingan mantap, trio Alias (killer), Adam (feeder) dan Rosdi (tekong) yang disifatkan beraksi dengan semangat berpasukan yang tinggi dan penuh keyakinan.

“Alias memiliki variasi serangan dan kekuatan mental yang luar biasa, manakala Adam berperanan sebagai pemimpin di gelanggang. Rosdi pula ketika berada di tahap terbaik, dia adalah antara tekong terbaik dunia,” tulisnya.

Tambah beliau lagi, faktor bermain di gelanggang sendiri dengan sokongan padu penyokong tempatan, memberi kelebihan besar kepada skuad Malaysia.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan beberapa kelemahan yang dihadapi pasukan Thailand termasuk kekurangan pengalaman di posisi feeder, prestasi tekong Sitipong yang tidak menentu selepas pernah digugurkan sebelum ini, serta tidak mempunyai kapten yang mampu mengawal pasukan ketika berada dalam tekanan.

El Clasico Sepak Takraw

Seperti yang ramai tahu, perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand diibaratkan sebagai “El Clasico” dalam dunia sepak takraw. Kemenangan itu membuktikan potensi pasukan negara di peringkat antarabangsa.

Sumber: Facebook USA Sepak Takraw By Coach Jer

BACA: “Libasan terakhir.. dan seribu doa di belakangnya..” Ulasan Pengulas Buat Penonton Goosebump

BACA: LIMA’25: TLDM Siasat Insiden Bot Hilang Kawalan Semasa Raptai Demonstrasi Segmen Maritim