Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ubah plumbum jadi emas
Kredit: Raul Arboleda/AFP

Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas 

Azizah Najib

Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas

Saintis di Eropah mencipta sejarah apabila berjaya menukar plumbum menjadi emas menggunakan sebuah alat khas dengan menghasilkan kira-kira 89 ribu atom emas setiap saat.

Menurut laporan ABC News, pasukan kerjasama ALICE menggunakan sebuah alat pemecut zarah, Large Hadron Collider (LHC) bagi menghancurkan atom pada kelajuan yang sangat tinggi. Menerusi kaedah tersebut, tiga zarah halus yang dikenali sebagai proton diasingkan daripada atom plumbum untuk menukarnya kepada atom emas.

Berbanding menggunakan pelanggaran terus, saintis mengkaji kejadian di sebalik dua atom yang hampir bertembung. Apabila perkara ini berlaku, medan elektromagnetik yang kuat di sekeliling atom tersebut boleh menyebabkan atom-atom ini berubah menjadi elemen lain.

Ketua projek ALICE, Marco Van Leeuwen berkata pengesan mereka mampu mengendali dengan baik pelanggaran besar yang menghasilkan beribu zarah ini. Malah, dapat mengendali penghasilan hanya beberapa zarah pada satu-satu masa.

Sejak 2015 sehingga 2018, saintis berjaya mencipta kira-kira 86 bilion atom emas yang jika digabungkan, hanya seberat 29 pikogram. Jumlah ini kurang daripada sepertrilion gram emas.

Sebagai pengetahuan, setiap mesin hanya mampu menghasilkan 89 ribu atom emas setiap saat. Namun, setiap atom hanya wujud tidak sampai satu saat sebelum hancur. Biarpun mesin yang telah dikemas kini hampir menghasilkan dua kali ganda emas, namun ia masih belum praktikal untuk kegunaan sebenar.

Seorang saintis kerjasama ALICE, Uliana Dmitrieva berkata ini merupakan kali pertama para saintis berjaya mengesan dan mengkaji penghasilan emas menggunakan LHC melalui cara ini.

“Terima kasih kepada keunikan kebolehan ALICE ZDC, analisis terkini merupakan yang pertama dapat mengesan dan menganalisis secara sistematik dalam penghasilan emas di LHC menerusi penyelidikan,” katanya.

Seorang lagi saintis kerjasama ALICE, John Jowett berpendapat penyelidikan ini membantu mereka memahami tingkah laku zarah. Ia juga penting bagi menambah baik LHC dan pemecut zarah generasi akan datang.

Sumber: ABC News

BACA: Wanita Daki Gunung Kinabalu, Kenang Pemergian Adik Dalam Tragedi Gempa 2015

BACA: Gelagat Guru Yang Buat Kita Tersenyum Bila Ingat Balik